Wednesday, September 30, 2009

Roseberry Topping & Captain Cook

Hari ini group research adakan aktiviti tahunan. Group ni group 2nd supervisor I, Prof Petty. 1st supervisor, Dr Sherri group lain. Group ni memang setiap tahun adakan 'group walk'. Memula tu tak sure nak join ke tak. Takut tak larat dan juga keadaan lutut yang baru nak pulih semula. Tapi tak join rasa rugi pulak. Pengalaman merantau di tempat orang. Lagi pun rasa segan gak dengan orang-orang yang dah tua pun join juga. Supervisor, Prof dan juga techicion yang umurnya semua dah lebih 50 thn. Semuanya 16 orang termasuk 2 perempuan.

Kali ni group walk ke Roseberry Topping. Ia adalah nama bukit. Bukannya nama kek atau biskut ke... Terletak di antara North Yorkshire and Redcar & Cleveland, England. Kira-kira 1 jam memandu kereta dari Durham. Bukit ni adalah bukit batupasir dengan ketinggian 320meter.


Kami bertolak dari Durham University jam 9.30 pg dan sampai 10.30pg.



Ada disediakan tempat parking dengan bayaran GBP 2.20. Juga disediakan toilet yang bersih. tapi de la ambil gambar toiletnya. Tempat ni namanya Newton-under-Roseberry. Ni kaki bukit tu la kiranya.


Mula mendaki jam 10.35 pagi. Ni gambar bukit tu dari tempat parking.


Pendakian bermula dengan melalui tepi kawasan ladang. Group ni semuanya tinggi-tinggi dan langkah panjang-panjang. I ni dah la rendah dan langkah pendek-pendek. Jenuh nak mengejar diorang ni.
Cantik ladang-ladang ni. Diorang baru lepas gembur tanah. Yang putih-putih tu semua burung-burung laut yang datang makan kumbang/cacing yang keluar dari tanah.


Seterusnya kami memasuki kawasan hutan. Tapi sikit je la. Masa ni I dah semput. Baru 10 minit mendaki. Terpaksa stop. Termengah-mengah. Orang lain semua dah naik. SV dan beberapa org yg tunggu I. Ayooo.. malunye.. yg tunggu tu sorang Prof, sorang Dr, sorang technician. Semua tua2. Dan sorang student PhD perempuan. SV kata ni mesti kat Msia, I tak banyak berjalan. hehehe... memang pun...



Kemudian kami memasuki kawasan berumput. Dah tak de pokok. Rumput je. Dah boleh nampak permandangan. Cantik. Rasa nak berpiknik je. Naik lagi kawasan berumput gak.. Ayoo... penatnya. baru sampai sini je, I rasa dah 10 kali berhenti. SV je yang setia menunggu. Dia tu dah tua tapi relax je. Cam la naik bukit ni berjalan di tanah rata.

Sampai sini kira semput tahap 95% la... SV kata tak pe dia tunggu. Suruh I relax dulu. Sian lak kat dia. Org lain semua dah naik. So I cakap tak pe la. Dia naik. Nanti I naik slow-slow. Dia kata kalo tak mau naik rehat kat sini je. Nanti senang dia cari. I cakap I nak naik gak. Dia kata ok tapi dia kata boleh tunggu kat kawasan separuh bukit tu kalo tak larat. I kata ok je. So dia naik la.


SV suruh tunggu kat pondok tu


Senyum kepenatan


Ayoooo... tingginye lagi...

Ku teruskan jua. Mana leh mengalah. Alang-alang dah mendaki mesti kena sampai puncak. Lagi pun dah tengok gambar kat internet. Memang cantik pemandangan dari atas tu.
Pendakian bukit dengan batu-batu yang tersusun seperti tangga.


Permulaan pendakian dengan kawasan batu bertangga.


I mendaki dengan momentum sendiri. Tak sampai 10 langkah dah stop. Sempat ambik gambar. Rupa-rupanya SV tu tunggu I kat separuh jalan. I ingatkan dia dah naik atas. Maybe dia risau kut takut I jatuh tergolek ke.


At last, I sampai juga on the top of the hill. Yehhhh.... Sampai jam 11.24. Ok la dalam 1 jam gak. Tapi rasanya orang lain 40 minit je. Sampai atas pertama sekali I nampak pasangan couple yang dah tua. Rasanya baya umur mak I. Dia tersenyum tengok I. Macam nak tanya je, diorang naik helikopter ke naik atas tu.
Group member yang lain cam dah boring je. Diorang dah lama sampai. Memang tak de ape pun atas tu. Cuma nampak pemandangan yang cantik. Kawasannya pun kecik je. Just ada 1 batu tanda. Gayat sungguh I. Lutut pun masih terketar-ketar lagi. Nak posing maut pun tak brapa boleh berdiri dengan betul lagi.





Bersama SV (Prof Petty)


Bawah tu bandar Great Ayton








Rasanya dalam 10 minit je kut, I kat atas tu. Orang lain dah lama kan.. Dah posing-posing, mestila nak balik. Tak pe la, rasa cam nak datang lagi. Masa turun kami ikut jalan lain pulak untuk merasa pengalaman lain. Kami melalui ladang Airey Holme Farm.

Sebenarnya Roseberry Topping ialah bukit yang selalu didaki oleh Captain Cook. Seorang ahli pengembara/pelayar yang terkenal. Captain Cook masa kecik dulu tinggal di Great Ayton. Di kaki bukit ni la. Ayah dia dan dia juga kerja kat ladang Airey Holme. Boring-boring.. dia selalu gi daki bukit ni. Dari atas bukit ni nampak lautan dll. Dari sinilah dikatakan dia mendapat ilham/motivasi untuk mengembara mengeliling dunia.





Lebih kurang pukul 12.15, kami sampai semula ke tempat parking kereta. Kemudiannya kami berjalan kaki ke restoran berhampiran untuk lunch. Nama Restoran The Kings Head. First time I makan di Restoran org Inggeris. Pilihla menu yang agak-agak rasa boleh. Makanla. Tapi lambat betul cara makan diorang ni. Dari starter, main course dan desert. I siap tanya SV lagi. Nak kena order semua ke? Kita kan biasa makan sejenis je.




Kemudian kami ke bandar Great Ayton. Pekan kecil di kaki Roseberry Topping. Kami ke Captain Cook Schoolroom Museum. Muzium ni dulu adalah sekolah Captain Cook. Kecik ke Muzium ni. Tapi masuk kena bayar.








Replika Captain Cook masa umur 16 tahun. Tengah pegang tiang kat atas Roseberry Topping sambil memandang ke laut.

Sebenarnya SV nak gi melawat banyak lagi tempat. Tapi sebab ramai yang nak balik so semua balik la. Banyak lagi tempat yang berkaitan dengan Captain Cook di sini termasuk juga ada monument dll. Tak pe lain kali I pegi sendiri dengan family lak.

Kesimpulannya daki bukit ni macam buat PhD la juga. Penuh liku-liku, dugaan, kepenatan dll. Cari nak capai nya juga berlainan. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Yang pentingnya dapatttt.



Dan I berjaya mencapai Roseberry Topping. Anda bila lagi ?????



Tuesday, September 29, 2009

Sibuk balik

Minggu ni I dah start sibuk balikkk... Mood raya tak habis lagi daa... Minggu ni dan maybe beberapa minggu akan datang, I akan ke school petang dan Abg ke school pagi. Heee... tak sukanya gi petang...

Sekarang ni nak cuba buat optimization pulak pada MOSFET yang I dah buat. Analisis pun blurr.. je lagi dah gi optimization. Ni kira dah 2nd stage (2 year pula aim).. dah 2nd year ke??? Memang dah 2nd year kalo ikut registeration university. Apa ni... mana aci... baru 8 bulan.. tipu la...

I kena datang petang sebab sekarang ni tengah belajar guna equipment dan juga buat eksperimen bersama sorang RA ni. Masalahnya dia ni memang paling awal pun datang kul 12 tghari. Tak tau la samada dia ni keje tmpt lain ke or memang bangun lambat. Tapi memang everyday dia akan balik lambat. Diorang kata dia ni selalu balik malam dan biasanya dia ni la yang tukang off kan mana2 equipments dan tukang kunci lab.

Kul 2.30ptg baru leh buat keje dengan dia. Kul 4 dia dah stop sebab nak minum. Kul 5 tak sudah lagi minum. Boring betul la... I kul 5 dah nak balik. Mana nak siap keje ni....

Monday, September 28, 2009

Bilik baru



Penyusunan semula bilik-bilik di school. I pindah bilik dari tingkat 2 ke tingkat 3. Dulu bilik 208. Sekarang 392.

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 2009 - hari ke 8

Majlis Aqiqah Nur. Anak perempuan pertama Nazimah & Khairizam. Menu mesti la kambing.. Sodap masakannya.... Mak juga buat kek yang di tempah oleh mereka. Gambar tak brapa banyak. Dok sibuk makan je...







Petang pula kami ke Darlington. Open house rumah Dr Azam & Lin. Sodapnya especially air bandung sodanya. Rasanya lebih 5 cawan mak minum. Tapi lupa lak nak ambil gambar air bandung tu... Gambar pun tak banyak. Dok sodap minum jeee....


Tuan rumah


Sedapnya Mak Tok makan sate dengan air bandung





Gambar sekolah anak Dr Azam. bestnya cara diorang posing

Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri 2009 - Hari ke 7

Open house hari ni di rumah Rohaya. Turut berduet Sukriah sekeluarga. Menu memang best. Lemang, ketupat palas berkacang, rendang daging, dodol, laksa penang, laksa johor dan juga kek. Kira raya di UK ni tak de la rindu masakan di Malaysia. Semua dapat merasa. Hebat betul orang2 di Durham ni. Rumah Rohaya juga cantik & ada laman depan dan belakang yang luas. Memang best la budak2 bermain. Terima kasih kerana mengundang kami. Lain kali ajak la lagi. kami tak serik datang..


Tuan rumah tengah sibuk. Tak leh kacau.


Makanan


Pilih-pilih




Turut hadir, ayah dan mak shifa.


Di luar rumah




Dah kenyang ke belum????? Bini tak masak hari ni.


Jom balikkk....