Friday, October 30, 2009

Ke klinik

Ayah ke school hantar draf report 1 year. Mak lak bawa anak-anak ke klinik untuk periksa Iffah. Izzah dah periksa Selasa lepas dan dpt antibiotik. Kali ni bawa Iffah lak. Alhamdulillah, Iffah ok. Paru-paru dia clear. Cuba batuk je tak baik-baik. Doktor suruh sedut wap air panas.




Thursday, October 29, 2009

Tragedi Oktober

7 Oktober 2009




15 Oktober 2009




21 Oktober 2009



23 Oktober 2009
(Kamera Lutfi)



29 Oktober 2009


Wednesday, October 28, 2009

Sakit & makan



Seingat-ingat mak la sejak dah 8 thn berkahwin, tak pernah lagi mak & ayah ni sakit serentak. Selalu gilir-gilir la. So anak-anak ada la orang nak layan. Tapi kali dugaan hebat jugak. Kami sakit serentak. Mak, ayah & anak-anak.

Biasanya kalau sakit, makan ubat, tarik selimut dan tidur la selama yang boleh tidur. Bangun biasanya dah segar. Tapi itu cerita masa di Malaysia. Kali ni lain trend nye. Bila semua dah sakit, siapa nak jaga siapa. Anak-anak pun meragam juga. Selera makan tak de. Tak makan, perut masuk angin pulak. Muntah la pulak. Nak kesat muntah lagi. Ni kepala sendiri pun dok berdenyut-denyut. Melayang-layang je rasanya. Nak marah.. sesama sakit la pulak. Dugaan...

Dah sakit, siapa nak masak???? Masa ni la teringat kat Msia. Mesti dah order makan kat restoran dekat rumah tu or order je pizza hantar rumah. Bestnya. Sini... kena bangun masak gakkkk. huk..huk.... Iffah & Izzah ok je makan la juga walaupun tak banyak macam biasa. Irfan la yang susah. Dah masak kari kesukaannya. Tak mau gak makan. Pelbagai alasan..cairla....tak terasa kari la.... Masak sosej, sosej rasa lain la... tak macam biasala.... Badan dah macam papan je. Muka pun cengkung. Nak kek, kasi kek.. dia makan segigit je. Nak pisang, kasi pisang, dia makan 2 gigit je. So far yang dia mau maggi. Semalam maggi, hari ni maggi. Tak pe.. janji ada makanan masuk perut.

Tengok iklan KFC kt tv, Irfan tanya kentang KFC tu halal tak? Mak kata halal, so dia nak la. takat kentang tu mak pun boleh goreng. Dia kata tak sama dengan KFC nye. Ayoooo... boleh la tu. Mak kata sini tak de KFC daa.... Sian pulak kat dia...

Kalau dok dekat Newcastle memang dah pegi kedai beli je. Tapi kat Durham ni.... masak je la apa yang larat.... goreng telur je la.

Sapa nak gi Newcastle ???? Nak pesan beli Sharwarma Chicken Restoran Al-Basha la....

Tuesday, October 27, 2009

Demam Autumn 2009

Hari ni masuk hari ke 5 kami sekeluarga kurang sihat (deman/batuk/selsema/sakit tekak/sakit badan/sakit kepala/sakit telinga/dll). Sini bukan macam kat Msia, sakit je terus gi klinik. Sini kalo sakit kena jadi 'doktor sendiri' dulu. Dok rumah jangan keluar. Minum air dan ambil paracetamol.

Tadi kami call klinik untuk buat appoinment. GP kami tak de so dia tanya urgent ke tak? kami kata urgent la. Dia tanya GP sorang lg samada boleh terima kami tak? Dia kata ok. Memulanya kami cadang semua la nak jumpa GP tapi kata yg urgent je so ayah kasi la nama Izzah. Sian Izzah yg kecik sekali. Yang lain masih boleh bertahan. Dapat la appointment pukul 2.30 ptg.

Petang tu kami ke klinik la. Ramai la juga orang. Rasanya semuanya cam masalah sama je. Jumpa GP dia check Izzah dan dia kasi Izzah antibiotik dan juga paracetamol. Kalau keadaan makin teruk dia suruh datang semula.

Ayah juga tanya camne nak buat kalau hidung Iffah berdarah. Hidung iffah selalu berdarah bila dia bangun pagi. GP suruh picit hidung dia dan tunduk. Kasi darah tu kluar semua. Yer ke.... salah la cara kami sebelum ni. Selalunya kami suruh Iffah baring supaya darah tak keluar. Boleh tengok sini utk maklumat lanjut http://familydoctor.org/online/famdocen/home/healthy/firstaid/basics/132.html.


Sunday, October 25, 2009

Mimpi Fantastic 4



Beberapa malam yang lepas mak bermimpi menjadi fantastic 4. Mak, ayah, Irfan & Iffah. Izzah tak de sebab Fantastic 4 kan. Kalau ada Izzah dah jadi 5 le pulak. Tak pasti la Izzah pergi mana.

Masa tu kami dalam penerbangan dari UK ke US. Tapi tak pasti lak kenapa. Di tengah2 perjalanan adalah orang jahat. Maka kami pun bertukar menjadi fantastic 4 dan berlawanlah dengan orang jahat tu. Ayah ber tukar menjadi 'The Thing'. Kami tak pastilak kami bertukar jadi apa. Lawan2 tapi tak pasti siapa yang menang. Banyak pulak yang tak pasti yer..... Tapi akhirnya kami ber 4 landing kat 1 negara ni di antara UK & US. Negara apa pun tak pasti.

Di sini la timbul masalahnya. Kami tak tau apa nak buat. Cam mana nak keluar dari negara ni. Macam mana kami nak keluar sedangkan kat passport kami tu tak de cop masa kami masuk. Tetiba je nak keluar. Macam pendatang haram lak. Tak tau nak buat cam ne. Samada nak balik ke UK or pergi ke US. takkan le nak cite bahawa kami ni Fantastic 4. Pening-pening. Dah la penat berlawan tadi. Ni pening lak cam ne nak keluar dari negara ni. Jenuh fikir.

At last Iffah kejut mak, cari ayah. Rupa nya ayah tidur kat bawah sebab ayah dok batuk-batuk. Nasib baik ayah tak de sebelah mak. Kalo tak hentah-hentah dah kena tendang kut or memang ayah dah kena tendang, tu yang lari tido bawah. Hehehehe....... Mak sambung tidur dengan Iffah tapi dalam hati dok fikir lagi camne nak solve problem ni. Mak cerita kat ayah, ayah tak kata ape pun.

2 hari lepas tu rasanya. Mak, ayah, Irfan dan Iffah demam, batuk selsema dan lemah badan. Izzah je yang steady walaupun ada batuk dan dedar sesikit. Agaknya sebab penat berlawan menjadi fantastic 4 tu kut. Hahahaha... ada kaitan ke???? Ayah kata lain kali kalo mimpi jangan ajak kami sekali.

Camne boleh jadi fantastic 4 tu pun tak tau. Mak tak minat pun cite tu dan tak de la brapa kenal karektor dalam cite tu. Tak mau la lagi mimpi camni. Ni pun kami masih lagi tak sihat. Dah masuk 3 hari dok telan paracetamol 6 jam sekali.


Saturday, October 17, 2009

Stewart Park, Middlesbrough.

Kami ke Stewark Park, Middlesbrough, TS4 3SG. Admission free. Jom tengok apa ada di sana.




Hari ni buka hingga pukul 6.30 je


Map park




Mula-mula ke Pets Corner


Ada rusa (Fallow deer)


Kambing hitam. Iffah nangis takut kambing tu gigit dia.


Tok janggut


Ilama


Pheasant



Ni ayam belanda kan ?



Ayam dan arnab pun ada


Kuda kayu pun ada


Kat sini boleh kasi makan haiwan2 tu tapi hanya boleh kasi buah2an dan sayur2an je.
Lepas kasi makan pastikan pergi basuh tangan.


Anjing boleh juga di bawa masuk. Tapi sebab park ni besar, tak de nak bergesel2 dengan anjing. Juga disediakan bag untuk kutip dog waste. Tak de la terpijak benda yang tak sepatutnya.

Kemudian kami ke muzium. Muzium ni dalam park ni juga. Masuk Free.





Dipersekitaran luar muzium








Dalam muzium








Main daun






Kat park ni ada 2 tasik tapi kami tak pergi pun. Tak larat dah. Semua dah lapar. Lain kali la datang lagi.