Sunday, October 25, 2009

Mimpi Fantastic 4



Beberapa malam yang lepas mak bermimpi menjadi fantastic 4. Mak, ayah, Irfan & Iffah. Izzah tak de sebab Fantastic 4 kan. Kalau ada Izzah dah jadi 5 le pulak. Tak pasti la Izzah pergi mana.

Masa tu kami dalam penerbangan dari UK ke US. Tapi tak pasti lak kenapa. Di tengah2 perjalanan adalah orang jahat. Maka kami pun bertukar menjadi fantastic 4 dan berlawanlah dengan orang jahat tu. Ayah ber tukar menjadi 'The Thing'. Kami tak pastilak kami bertukar jadi apa. Lawan2 tapi tak pasti siapa yang menang. Banyak pulak yang tak pasti yer..... Tapi akhirnya kami ber 4 landing kat 1 negara ni di antara UK & US. Negara apa pun tak pasti.

Di sini la timbul masalahnya. Kami tak tau apa nak buat. Cam mana nak keluar dari negara ni. Macam mana kami nak keluar sedangkan kat passport kami tu tak de cop masa kami masuk. Tetiba je nak keluar. Macam pendatang haram lak. Tak tau nak buat cam ne. Samada nak balik ke UK or pergi ke US. takkan le nak cite bahawa kami ni Fantastic 4. Pening-pening. Dah la penat berlawan tadi. Ni pening lak cam ne nak keluar dari negara ni. Jenuh fikir.

At last Iffah kejut mak, cari ayah. Rupa nya ayah tidur kat bawah sebab ayah dok batuk-batuk. Nasib baik ayah tak de sebelah mak. Kalo tak hentah-hentah dah kena tendang kut or memang ayah dah kena tendang, tu yang lari tido bawah. Hehehehe....... Mak sambung tidur dengan Iffah tapi dalam hati dok fikir lagi camne nak solve problem ni. Mak cerita kat ayah, ayah tak kata ape pun.

2 hari lepas tu rasanya. Mak, ayah, Irfan dan Iffah demam, batuk selsema dan lemah badan. Izzah je yang steady walaupun ada batuk dan dedar sesikit. Agaknya sebab penat berlawan menjadi fantastic 4 tu kut. Hahahaha... ada kaitan ke???? Ayah kata lain kali kalo mimpi jangan ajak kami sekali.

Camne boleh jadi fantastic 4 tu pun tak tau. Mak tak minat pun cite tu dan tak de la brapa kenal karektor dalam cite tu. Tak mau la lagi mimpi camni. Ni pun kami masih lagi tak sihat. Dah masuk 3 hari dok telan paracetamol 6 jam sekali.


3 comments:

Nur said...

giler kelakar kak entry kali ni...hahahahha...yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...esok jumpa iffah and izzah!

:D

selawat shifa' banyak2 kak, insyaAllah sembuh, pakai baju tebal2...saya doakan dri jauh ni..eceh..jauh la sangat..

tak leh tidur la kak...dah baca econometric, macam2 la plak saya pikir...nyampah...

hasma said...

hehehe :) best jugak yer sekali sekala mimpi ada superpower

anon suria said...

best lah sesekali mimpi cm ni. ada thrill..