Mak sekeluarga mengadakan open house sarapan raya. Mak sediakan beberapa menu. Aktiviti memasak telah mak mulakan dari hari Khamis. Maklumlah, mak ni budak sekolah. Memasak lepas balik sekolah la. Jadi yang mana boleh di masak dahulu, mak masak la dulu.
Terima kasihla kepada yang sudi datang. Memang ‘restoran’ mak yang mula beroperasi jam 9.30pagi– 1.00 petang laku betul. Tak pernah mak buat open house dengan hidangan licin selicinnya. Ada juga tetamu yang hadir selepas jam 1.00. Mak jamu kuih raya je. Kasihan la pulak.
Menu open house
1) Kuih raya – Bahulu, kuih loyang, biskut kulit kerang, biskut kopi coklat, biskut rabita dan maruku.
2) Soto ayam pencen – nasi/mee/bihun
3) Nasi lemak – sambal ikan bilis, ikan bilis/kacang goreng, ikan masin, ikan battered, telur rebus,timun, buah tomato ceri dari kebun mak.
4) Sambal nyior (serunding kelapa)
5) Lemang UK
6) Rendang pedas ayam pencen
6) Flan cocktail
Ada juga tetamu yang bertanyakan resepi soto dan rendang ayam pencen tu. Nanti la mak letak kat entri seterusnya. Nak reka dulu resepi yang sesuai. Sebabnya sukatan sebenar tak de. Main curah, campak-campak dan rasa je. Tu yang susah sikit nak reka sukatan untuk di post. Tapi soto tu mak pakai rempah sup biasa je, bukannya mana-mana rempah soto.
Satu lagi, mak tak sempat nak ambik gambar makanan yang di sajikan sebelum di ‘ngap’. Sibuk sangat. Izzah pulak meragam nak dukong je. Ayah sempat ambik gambar sikit je. Jadila…
Terima kasih buat Ustazah Hamidah yang sudi pinjamkan periuk dan datang tolong basuh ayam dan potong-potong bawang dan juga Ustazah Residah yang tolong potong-potong makanan untuk hidangan pagi Sabtu. Juga tak lupa periuk nasi dari Auntie Ayu.
Kesimpulan, terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan ‘Sarapan Raya’ kami.
Landlord kami, Mr Stephen Tetamu Brunei
2 comments:
Salam KakZarina!
Terima Kasih for the lovely food! daann hilang rindu saya kat Izzah & Iffah! hee.. <3
soto kak zarina mmg sedap..
Post a Comment