Sempat buat 2 jenis biskut je hari ni. Ayah gi school. Pagi mengemas rumah dulu. Kasi makan anak-anak dulu. Pukul 12 baru mula buat kuih.
Mula-mula buat biskut kulit kerang. Biskut turun temurun. Tapi kali ni rasanya agak kurenggg sikit. Lupa letak esen vanila. Jadi kurang wangi la. Terima kasih Zizah kerana datang tolong jadi assistant & belajar. Nak cuba buat boleh la.
Resepi di http://zarinabz.blogspot.com/2011/08/resepi-biskut-kulit-kerang.html
Resepi di http://zarinabz.blogspot.com/2011/08/resepi-biskut-kulit-kerang.html
Pukul 4 petang, buat biskut rabita pulak. Hampir-hampir tak jadi. maklumla ambik resepi dari opah, ada bahan-bahannya tapi tak de cara membuatnya. Pandai-pandai la fikir sendiri ikut logik. Tahun lepas mak ada buat, tapi buat bentuk bunga dan letak 1 kacang je di tengahnya. Tak bestla. Kena letak 3 kacang juga baru best, Acu tak ada. jadi mak gunala apa2 benda bulat yang bersesuaian. Asal jadi. Kali ni anak bujang mak nak tambah pahala bulan Ramadan. Tolong mak letak kacang. Anak dara yang 2 orang lagi tu pun tolong jugak. Tolong ‘mengabihkan’ adunan mak untuk buat kuih diorang sendiri dan kemudian bertaburanlah atas lantai. Irfan kata ni biskut donut.
Rasa nak buat biskut lain jugak tapi butter dah habis daa…. nanti la beli lagi…
Kalau nak rasa, mai la beraya di rumah kami nanti. Kalo nak order pun boleh. Sempat buat lagi ni.
Kalau nak resepi boleh email : zarina7400@yahoo.com.
No comments:
Post a Comment