Monday, December 19, 2011

Tetamu - Idham & Afiqah

Hari ini Am & Afiqah datang menziarah kami sekeluarga. Mereka ni anak kepada En Kamal, one of boss masa mak keje kat TNEC dulu. Am belajar di Sunderland & Afiqah di London. Nanti datang lagi, ok..

Friday, December 16, 2011

Snow pertama 2011 & Izzah masuk universiti

Snow yang turun dengan manjanya. Turun hari ini. Mak sedang meeting dengan SV masa tu. So ada gambar Izzah je yang baru balik sekolah. Irfan & Iffah masih di sekolah juga. Tapi sekejap je dah cair.






Kemudian ayah pergi solat Jumaat. Jadi, Izzah ikut mak ke school. Ni kali pertama anak mak datang ke school mak. Irfan & Iffah pun tak pernah sampai lagi.


Wednesday, December 14, 2011

Parti


Hari ini ada parti di sekolah Irfan dan Iffah.  Irfan pergi ke sekolah pakai baju sekolah sebab dia ada persembahan, kemudian baru la tukar baju parti.  Iffah, mesti le pakai baju princess.  Izzah, tiada parti di kelasnya tapi nak juga pakai baju parti sebab tengok Iffah pakai baju princess.  Jadi hari ini, Izzah sorang je la pakai baju princess di kelasnya.  Orang lain semua pakai baju sekolah.
DSC_2515DSC_2516DSC_2524

Tuesday, December 13, 2011

Sunday, December 11, 2011

Dr Nazimah balik Malaysia

 

Dr Nazimah balik ke Malaysia telah berjaya dalam vivanya.  Selesai menghantar tesis.  Selesai PhD nya.  Doakan kami yang masih berjuang.

Makan-makan di rumah mak sebelum Dr Nazimah balik.

DSC_2497DSC_2500P1170244

Friday, December 9, 2011

Anis balik Malaysia

 

Hari ni Anis balik ke Malaysia.  Iffah & Izzah pun ikut hantar ke airport.  Mak kata Mak Lang Anis nak balik Msia & nak pergi school.  Selamat belajar Anis dan terima kasih kerana banyak membantu kami.  We’ll miss you.  Belajar rajin-rajin, nanti boleh datang UK lagi main snow.  Lambat pulak snow turun tahun ni, tak sempat nak main snow.

P1170233P1170234P1170235

Saturday, December 3, 2011

Kelas masakan bersama Kak Amy

 

Ibu-ibu warga Durham_my belajar memasak bersama chef tersohor di UK, Kak Amy Mustaffa.  Best sangat.  Nanti boleh buat lagi.  Belajar membuat :

1) Kek Red Velvet

2) Molten Chocolate lava cake

3) Peach cheese flan

4) Cream cheesing frosting

Yummyyyy….

 P1170203P1170226

 

Sebelum kelas masakan bersama Kak Amy. Chef ZBZ pun buat kelas masakan di rumah.  Tapi student sorang je.  Buat apam polkadot & yorkshire pudding.  Memasak je hari ini.

 

P1170228

Friday, December 2, 2011

Kuliah ilmu bersama Dr Min

 

Kuliah ilmu minggu ni bersama Dr Wan Aminah.  Berkongsi ilmu tentang perubatan tradisional & moden.  Kuliah yang amat menarik.  Banyak soalan yang ditanya oleh peserta.  Boleh buat kuliah lagi nampaknya sebelum balik ke Malaysia.

P1170199P1170200

Thursday, December 1, 2011

Lanjutan

 

Hari ini menerima email tak rasmi perlanjutan CB kami.  Alhamdulillah dapat 6 bulan.  Lepas ini bermulalah proses memperbarui visa kami.  Sedang menunggu surat ATAS dan CAS.

Yuran memperbarui visa untuk kami sekeluarga adalah £ 1351 +  beberapa ££££ lagi diperlukan untuk ditunjukkan sebagai bukti kemampuan kewangan..

 

DSC_0640