Tuesday, December 8, 2009

Murtabak Banjar / Murtabak pisang

Pagi ni, mak masak murtabak banjar. Sejak di UK ni, ini kali ke 3 mak buat. Tapi sebelum ni mak pakai kulit popia je sebagai kulitnya. Tak sedap. Sebabnya malas nak menguli + mak memang tak larat nak menguli. Tapi oleh kerana sekarang ni dah ada 'kawan' Cik Kenwood tu, semakin mudah la keje.

Operasi bermula dari malam tadi lagi iaitu menguli doh.

Bahan-bahan untuk doh
(Dibuat waktu malam)

3 cawan tepung gandum
1 cawan air yang dicampur dengan 1 sudu teh garam
1 sudu mentega

-Uli tepung dengan air garam
-Air tu kalo tak cukup, tambah-tambah la
-Dah jadi doh bulat campurkan mentega dan uli lagi
-Kemudian buat bulat-bulat sebesar bola pingpong dan letakkan dalam bekas yang telah diletakkan minyak dan sedikit mentega.
-Golek-golekkan supaya semua bahagian kena minyak dan biarkan hingga esok pagi


Yang kecik-kecik tu Iffah yang buat

Bahan-bahan inti

Pisang 4 biji
Telur 3 biji
Gula 3 sudu

-Pukul telur, hiris-hiriskan pisang.
-Campur semua (telur, pisang & gula)



-kemudian tibarla tepung yang dah diuli malam tadi.
-letakkan pisang ditengahnya dan lipat.



-masak dalam kuali yang telah diletakkan sedikit minyak



Dah masak, bolehla dipotong dan dimakan ketika sejuk. Melecur lidah kalo makan panas-panas. Murtabak ini lebih sedap dimakan ketika sejuk.

Inti tu kalo tak cukup tambahla lagi telur, pisang dan gula. Kalo tawar tambah gula lebih sikit. Murtabak ni kalo manis baru sedap.

Balance-balance tepung tu kalo dah tak de intinya boleh le buat roti canai je.

Seperti biasa, Irfan tak mau makan. Tak suka katanya. Rasa pun tak nak. Sabar je la. So mak buatkan dia roti canai je. Yang tu dia suka. Makan roti canai dicicah dengan kambing masak kurma.


7 comments:

Noris said...

Sedapnya.. Nak cuba la

zarina said...

Sedap Noris..cuba la. Kalo kat Msia malas nak menguli, cuba la beli tepung yg dah siap diuli kt org yg jual roti canai.

pak long said...

salam..
memang urang banjar ja pandai meulah murtabak pisang..
lawas kada makan murtabak pisang..

Unknown said...

Murtabak banjar nama die no...

Unknown said...

Sedap . Kita org banjar juga.

Unknown said...

Inti pisang tu tambah sikit durian. Rasa ingoh durian tu makin selera membantas

Along Putera said...

Hintinya kana dimasaki hulu.. kada aci andak imbah tu hambur gula haja..