Saturday, December 19, 2009

Sambutan Maal Hijrah 1431 - Durham



Bertempat di Common Room, Keenan House. Majlis Sambutan Maal Hijrah Durham_my diadakan. Penganjur kali ini adalah Biro Penempatan dan Kebajikan yang diketuai oleh suamiku dan juga mak le salah sorang AJK je. So kami agak sibuk dari sebelum, semasa dan selesai majlis.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah. Ceramah Maal Hijrah disampaikan oleh Ustaz Jai. Ceramah yang menarik tapi sekejap je. Memang tak puas mendengar Ustaz Jai berceloteh.






Sementara menunggu anak2 Sekolah Melayu Bowburn membuat persembahan, salji turun mencurah-curah. Semua pakat keluar posing-posing salji dulu.





Sambung acara.. Persembahan sajak Maal Hijrah.




Kemudian ucapan Penghulu. Sepatutnya ucapan dulu sebelum ceramah tapi sebab Penghulu balik kerja lewat jadi ucapan lewat la sikit.



Lepas tu makan la. Hari ni juga adalah birthday Ustaz Mazlee. So Ustazah dah minta mak buatkan kek untuk Maal Hijrah & juga b'day Ustaz sekali. Malangnya mereka tak dpt hadir. Hujan salji yang teruk menyebabkan mereka terkandas selepas menghantar rakan ke airport. So mereka balik Bowburn je. Oleh itu, kek birthday telah dipotong oleh Penghuluwati.






Majlis telah tamat tapi kami dinasihatkan supaya tidak pulang dulu. Jalan licin dan banyak kereka terkandas. Jadi kami lepak-lepak la dulu main snow.








Akhirnya kami pun bersedia untuk pulang. Aktiviti menolak kereta dari tempat parking. Kami balik secara berkonvoi ikut highway bagi mengelakkan laluan yang berbukit.


No comments: