Tuesday, December 1, 2009

Mak Zah & Ayah Amir

Alhamdulillah, dah sebulan lebih Iffah & Izzah diasuh oleh Azizah. Azizah sekeluarga baru datang ke Durham bulan 9 lepas. Suaminya Amir yang sambung PhD. Nampaknya ok je Iffah & Izzah. Iffah panggil Azizah 'Mak'. Walaupun dah diajar untuk panggil auntie tapi Iffah tetap panggil 'Mak'. Ok je, mana-mana pun boleh. Dulu kat Msia, Mak Mala yang jaga. Sekarang Mak Zah pulak.

Boleh la mak & ayah pergi school serentak. Kalo tak selama ni kami bergilir-gilir. Mak pegi pagi & ayah pegi petang. Tapi Mak Zah jaga sampai pukul 3 je. Sebabnya pukul 3 Irfan balik sekolah. So selalunya salah sorang dari kami akan balik untuk ambil Irfan & anak2 Mak Zah sekali.

Rumah kami dekat je. Kami no 21 & Mak Zah no 9. So jalan kaki je la.


Iffah selalunya nak bawa beg & juga kalo sejuk, dia nak pakai tudung. Jalan pulak dia nak mak pegang tangan dia.


Izzah pulak suka jalan sendiri. Dia boleh pegi mana dia nak. Selalunya dia akan berjalan arah yang berlainan dari rumah Mak Zah.


Izzah selalu tak mau pandang kamera kalo nak ambik gambar dia. Iffah boleh akan tersengih-sengih dan berposing dengan pelbagai aksi.


Mak Zah (tudung merah), Penghuluwati (tudung light green)

No comments: