Thursday, December 3, 2009

Resepi apam (Sukatan cawan)

Sebelum ni mak dah siarkan resepi apam tapi dalam sukatan gram. Ada permintaan yang maukan resepi dalam sukatan cawan. Yer la kalo tak de penimbang susah jugak la. Mak taipkan resepi lama tapi ada sukatan cawan pulak.

Resepi apam

300 g {2.5cawan} tepung gandum (Kt UK ni mak guna self raising flour. Kt Msia dulu guna tepung gandum je & jadi. Sini kalo guna tepung gandum je tak jadi. Tak tau kenapa. Kandungannya tak sama)
250g gula {1.25 cawan}
100ml {0.5 cawan} santan/susu (mak guna susu segar)
3 biji telur
1 sudu teh ovalette (Kt UK mak tak pernah jumpa, Msia ada la. Tapi tak bubuh pun tak pe cuma kalo bubuh lagi lembut & gebu)
1 sudu teh esen vanila
pewarna.

-Pukul telur & gula sampai kembang, masuk ovalette & pukul lagi.
-Masuk tepung berselang-seli dengan santan/susu
-Masuk esen vanila
- bahagikan ke beberapa bahagian & letak pewarna
-Masuk dalam bekas dan kukus selama 15 - 20 minit.

Macam mana nak hidangkan apam tu terpulanglah. Kalo rajin guna cup case yang kecik2 tu. Kalo malas, tuang je semua dalam satu bekas. Tapi perlu diingat, Jika guna bekas yang besar. Masa untuk mengukus tu kena la tambah sikit lagi 5 - 10 minit. Nanti tak masak la pulak yang tengah tu.






1 comment:

Wanita Timur ( Syifa Rosli ) said...

cheq ziarah cari resepi ni /... tq