Thursday, December 10, 2009

Panettone

Kami membeli Panettone. Ni adalah cadangan dari rakan di Glasgow (Anis/Fajar). Terima kasih. Roti kek resepi Italy. Hanya dijual ketika musim perayaan Chrismas. Ada pelbagai perisa. Masa nak beli ni, perisa classic dah habis. Tak salahnya perisa classic tu ada gabungan kismis, almond dan pelbagai kacang lagi. Mesti sedapkan. Tapi sebab yang ni je yang tinggal, kami beli je. Gabungan kismis & chocolate chip. Ianya dipek dalam kotak yang sungguh menarik. Sesuai dijadikan buah tangan. Buka je kotak, semerbak baunya. Sungguh mengancam. Rasanya sedap dan amat sesuai dimakan bercicah kan teh tarik. Tapi suami kata, biasa je. Sedap lagi bun walnut yang dia selalu beli kat JJ, Melaka. Huh.... jangan sebut JJ.. Sensitif.. Dah dekat setahun tak pegi JJ.







No comments: