Sampai Fish Quay Sunderland, ikan tiada banyak pilihan. Pertama, mungkin sebab lambat sampai dan yang kedua memang ikan tak berapa banyak. Hajat dihati nak beli ikan mackeral, Salmon & Sebelah. Tapi semuanya tak ada. Hanya beli ikan yang mata besar tu dan juga 'Scottish Shellfish Prawn'. Memang tengah musim udang tu sekarang. Sekg harinya 5.50 pound. Untuk makluman kawan-kawan Fish Quay tu akan bercuti dari 23 Dis - 4 Jan sempena Chrismas.
Kemudian kami menekanla Garmin kami mencari tempat yang menarik. Maka kami ambil keputusan untuk ke Whitburn Lighthouse. Kami berposing-posing dalam kesejukkan. Rasanya suhu menghampiri 0 darjah.
Kemudian kami ke pinggir bandar Sunderland. Sengaja bersiar-siar bercari kedai-kedai halal. Kami jumpa Dixy Chicken. Dixy Chicken antara kedai ayam halal ala-ala KFC. Kami pernah ke Dixy Chicken cawangan Newcastle. Masin betul rasa ayamnya. Tapi Dixy Chicken Sunderland (SR4 6NF), rasa sedap pulak ayam nya. Di Dixy Chicken tu kami jumpa orang Malaysia yang bekerja di situ. Haikal namanya. Haikal memberitahu kami di mana letaknya kedai makanan mentah halal dan barang-barang runcit. Tak jauh pun dari situ. Ianya terletak di Chester Road.
Kami pun ke Chester Road (SR4 7JA). Ada banyak juga kedai di situ tapi tak la sebesar kedai-kedai di Newcastle tapi ok la. Harga ayamnya sama je dengan di Newcastle cuma harga daging lembunya lebih murah. Sheep & lamb pulak tak pasti sebab memang tak pernah beli pun jadi tak tau berapa harga pasaran.
Juga terdapat kedai sayur dan buah seperti di Newcastle. Mak beli telur sepapan, tomato sekotak 2 pound dan pisang sekotak 1 pound. Kami juga berjumpa orang Msia bernama Syahir. Banyak dapat kawan hari ini.
Ok. Lain kali kalau ke Sunderland boleh beli ikan dan juga barang-barang keperluan dapur.
Juga terdapat kedai sayur dan buah seperti di Newcastle. Mak beli telur sepapan, tomato sekotak 2 pound dan pisang sekotak 1 pound. Kami juga berjumpa orang Msia bernama Syahir. Banyak dapat kawan hari ini.
Ok. Lain kali kalau ke Sunderland boleh beli ikan dan juga barang-barang keperluan dapur.
2 comments:
salam
thnaks kak Zarina very helpful tips and interesting story dan good find too (light house tu cantikk sgt)
Normi
Lighthouse mmg cantik sgt. Tapi sejuk sgt masa tu. Tak mampu nak posing lama2.
Post a Comment