Tuesday, October 27, 2009

Demam Autumn 2009

Hari ni masuk hari ke 5 kami sekeluarga kurang sihat (deman/batuk/selsema/sakit tekak/sakit badan/sakit kepala/sakit telinga/dll). Sini bukan macam kat Msia, sakit je terus gi klinik. Sini kalo sakit kena jadi 'doktor sendiri' dulu. Dok rumah jangan keluar. Minum air dan ambil paracetamol.

Tadi kami call klinik untuk buat appoinment. GP kami tak de so dia tanya urgent ke tak? kami kata urgent la. Dia tanya GP sorang lg samada boleh terima kami tak? Dia kata ok. Memulanya kami cadang semua la nak jumpa GP tapi kata yg urgent je so ayah kasi la nama Izzah. Sian Izzah yg kecik sekali. Yang lain masih boleh bertahan. Dapat la appointment pukul 2.30 ptg.

Petang tu kami ke klinik la. Ramai la juga orang. Rasanya semuanya cam masalah sama je. Jumpa GP dia check Izzah dan dia kasi Izzah antibiotik dan juga paracetamol. Kalau keadaan makin teruk dia suruh datang semula.

Ayah juga tanya camne nak buat kalau hidung Iffah berdarah. Hidung iffah selalu berdarah bila dia bangun pagi. GP suruh picit hidung dia dan tunduk. Kasi darah tu kluar semua. Yer ke.... salah la cara kami sebelum ni. Selalunya kami suruh Iffah baring supaya darah tak keluar. Boleh tengok sini utk maklumat lanjut http://familydoctor.org/online/famdocen/home/healthy/firstaid/basics/132.html.


1 comment:

Nur said...

Moga cepat sembuh kak,

Tadi saya pon bantai tidur 6 jam! Tetiba sakit pala...:D

Nabi shallAllohu ‘alaihi wasallam biasanya meletakkan tangannya pada tubuh orang yang sakit seraya berdo’a, yang artinya: “Ya Alloh Tuhan segenap manusia, hilangkanlah sakit dan sembuhkan-lah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Muttafaq ‘Alaih).

Beliau juga mengajarkan kepada sahabatnya yang sakit untuk berdo’a, seraya bersabda, yang artinya: “Letakkan tanganmu pada bagian tubuhmu yang sakit dan ucapkan: ‘Bismillah’ Tiga kali, kemudian ucapkan ‘A’udzu bi ‘izzatillahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa uhadzir’u (Aku berlindung kepada keagungan dan kekuasaan Alloh dari keburukan yang aku dapati dan aku takutkan) sebanyak tujuh kali.” (HR: Muslim). Sahabat tersebut berkata: “Maka aku lakukan (nasihat beliau) dan Alloh Subhannahu wa Ta’ala pun menghilangkan penyakit yang selama ini aku derita”.

(sumber Rujukan: Al-Hadiqatul Yani’ah minal ‘Ulumin Nafi’ah, Syaikh Ibrahim bin Jarullah Al-Jarullah)