Wednesday, October 28, 2009

Sakit & makan



Seingat-ingat mak la sejak dah 8 thn berkahwin, tak pernah lagi mak & ayah ni sakit serentak. Selalu gilir-gilir la. So anak-anak ada la orang nak layan. Tapi kali dugaan hebat jugak. Kami sakit serentak. Mak, ayah & anak-anak.

Biasanya kalau sakit, makan ubat, tarik selimut dan tidur la selama yang boleh tidur. Bangun biasanya dah segar. Tapi itu cerita masa di Malaysia. Kali ni lain trend nye. Bila semua dah sakit, siapa nak jaga siapa. Anak-anak pun meragam juga. Selera makan tak de. Tak makan, perut masuk angin pulak. Muntah la pulak. Nak kesat muntah lagi. Ni kepala sendiri pun dok berdenyut-denyut. Melayang-layang je rasanya. Nak marah.. sesama sakit la pulak. Dugaan...

Dah sakit, siapa nak masak???? Masa ni la teringat kat Msia. Mesti dah order makan kat restoran dekat rumah tu or order je pizza hantar rumah. Bestnya. Sini... kena bangun masak gakkkk. huk..huk.... Iffah & Izzah ok je makan la juga walaupun tak banyak macam biasa. Irfan la yang susah. Dah masak kari kesukaannya. Tak mau gak makan. Pelbagai alasan..cairla....tak terasa kari la.... Masak sosej, sosej rasa lain la... tak macam biasala.... Badan dah macam papan je. Muka pun cengkung. Nak kek, kasi kek.. dia makan segigit je. Nak pisang, kasi pisang, dia makan 2 gigit je. So far yang dia mau maggi. Semalam maggi, hari ni maggi. Tak pe.. janji ada makanan masuk perut.

Tengok iklan KFC kt tv, Irfan tanya kentang KFC tu halal tak? Mak kata halal, so dia nak la. takat kentang tu mak pun boleh goreng. Dia kata tak sama dengan KFC nye. Ayoooo... boleh la tu. Mak kata sini tak de KFC daa.... Sian pulak kat dia...

Kalau dok dekat Newcastle memang dah pegi kedai beli je. Tapi kat Durham ni.... masak je la apa yang larat.... goreng telur je la.

Sapa nak gi Newcastle ???? Nak pesan beli Sharwarma Chicken Restoran Al-Basha la....

3 comments:

Amri said...

Kak Zarina, kat Gilesgate ada Tandoori.

Free Delivery kalau 2 batu, 1 pound caj kalau bawah GBP10, 2pound caj kalau over 2 miles.

Anyway, nombor dia 01913839699
Open 5.30pm - 11.30pm

Menu includes (but not limited to)

Chicken/Lamb/Prawn Curry 4.50
Madras, Vindaloo, Korahi, Bhuna (dalam GBP 5)
Briyani Chicken 7.95

Biasanya kalau satu menu tuh, bleh jer makan 2-3 orang.

Semoga sihat cepat

ummi n hubby said...

kak zarina..

dugaan betul satu family sakit..
semoga tabah hadapinya..
semoga cepat sembuh...
amin..

zarina said...

Tq semua. Tak pernah lak cuba tandoori tu. Nanti la.