Tuesday, September 8, 2009

Kek/Apam gula hangus kukus

First time buat. Cari resepi kat MyResepi. Ada byk resepi. Mak cari yg menjimatkan sikit. Kek ni guna susu pekat. Susu pekat kt UK ni mahal sikit. So mak guna resepi yg hanya guna 2 sudu susu pekat je.
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.




2 comments:

fidz said...

nak srang dia cntik, simpan lame dlm bekas tertutup...
gula tu x hangus sgt ... coz tu color dia terang je ...

fidz said...

lupa lak .. susu tu leh tukar ngan gula .... tmbah esen vanila lagi sedap ... ikut resipi i yg guna tuk bakar tu ....