Hari ni kami tukar shift. Ayah pergi school pagi, mak pulak pergi petang. Pagi tu mak pun mengemas rumah. Simpan apa patut, sapu sampah & mop lantai. Sediakan bahan untuk memasak petang nanti, memerap daging dll. Tak lupa juga kasi makan orang yang tak puasa ni.
Petang, mak ke school. Tak pernah mak gi school waktu petang pd bulan posa ni. Penatnya rasa. Setakat dari bus stop ke building school tu. Amat jauh rasanya. jalan pulak tu berbukit. Perlahan2 jalan akhirnya sampai.
Mak letak beg dan terus ke 'clean room'. Sampai clean room, mak tengok sarung kaki suit clean room mak tak de. Mana la pulak. Sapa la yg dok ambil ni... Sapa nye pulak mak nak songlap. Cari baju lak, baju pun tak de. Mana pegi nye. Check balik kt jadual washing... alaaa... diorang basuh baju mak la. Semalam mak masuk clean room, mak tak de la pulak tengok jadual tu. Yang mak tahu diorang selalu basuh hari jumaat. Sudah tukar la tu...
So mak tak leh nak buat keje. Nak pinjam baju orang susah gak. Maklumla.. mak ni kan cute miut.. mana la sesuai dgn saiz diorang yg kedabak tu. Dengan frustnya mak pun belah... Nak balik awal lagi.. Jadi mak pun ke town Durham. Beli sikit barang apa patut & balik.
Dalam bas mak asyik terlelap je. Perjalanan dlm 15 minit je pun. Nasib baik tak terbabas. Dalam hati dah niat dah.. kalo tertidur dan terbabas, cari talian hayat la... Suruh la ayah ambik.
Sampai rumah terus masak. Nasib baik semua bahan dah agak tersedia tadi. So masak la campak2. Kuih pulak.. tengok roti yang dah tak terusik tu, mak pun buat cucur roti. Tak pernah pun buat sebelum ni. try je. Sedap gak.

Menu berbuka puasa.
Daging masak hitam
Sayur karot, seleri & hati
Cucur roti
Resepi cucur roti
5 keping roti
1 biji telur
1 ulas bawang merah
2 sudu udang kering
4 sudu tepung jagung
2 sudu tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
garam
gula
Blend kan semua kecuali tepung2. Campur tepung secukupnya. Kalo cair dapat tepung gandung lg. kalo penat sangat tambah air. Boleh juga tambah cili kisar untuk kasi pedas.

No comments:
Post a Comment