Persiapan juadah hari hari bermula sehari sebelum raya. Hari terakhir puasa. Mak dah start masak kuah kacang. Ni la kali pertama mak masak kuah kacang. Kat Msia mesti Opah & Wan yang masak. Mak tukang makan je. Tapi kali ni raya, mak kena masak sendiri... uhuk..uhuk.. sedihnya... Mak juga masak 2 kek coklat untuk dibawa esoknya masa jamuan raya. Dan juga masak nasi impit yang lembikkkk... Beras tak sesuai... alasannn... Ni juga first time mak masak nasi impit sendiri. Dulu kat Msia pakai yg segera je. Tak tau la.. camne nak matchkan air dan beras tu. Lain beras lain... Malam tu tidur jam 1.45 pagi.
Pagi tu bangun bersiaplah. Baru nak tengok & gosok baju raya. Siapkan breakfast.., siapkan anak2.. siapkan rumah. Posing lagi.... dan yang penting sesi bersalaman. Sedih lak kali ni. Sebak rasanya... sebab bersalaman dengan suami & anak2 je. Tak de keluarga lain.... Ni gambar sebelum gi solat raya.

Solat raya diadakan di Howland Farm, Ustinov College. Diorang booking dewan. Maklumlah, masjid Durham University tu kecik je. Tak muat. First time mak solat bersama-sama orang yg bukan orang Msia. Ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Macam2 rupa bentuk pakaian masing-masing. Tapi yang rasanya comel2 anak2 org Msia. Mostly pakai tudung dan berbaju kurang. Suka pulak diorang tengok anak2 kita. Siap ada yang nak ambil gambar dengan Iffah & Izzah. Mak tak berani ambil gambar banyak sgt dalam dewan tu sebab ada yang tak suka gambar mereka diambil. Ingatkan nak ambil gambar pelbagai bentuk baju raya dari pelbagai bangsa. Tak jadila... ambil gambar orang Msia je la.
Lepas solat raya, jamuan ringan dan kemudian adalah wakil-wakil dari setiap negara menceritakan cara menyambut raya di negara masing-masing. Kemudian pemberian hadiah kepada kanak-kanak dan kemudian makan tengahari. Kami ambil makan dan balik rumah.

Balik rumah mak sambung operasi meng 'topping' kek yang dah dibuat semalam. Hasilnya :
Kemudian kami ke Keenan House untuk majlis sambutan Aildilfitri Malaysia pulak. Pelbagai hidangan. Macam-macam ada. Dodol, rendang, nasi impit, lemang, ketupat pulut, tapai, roti jala, laksa dll. Yang bestnya dari pelbagai versi dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Kira macam beraya 1 Malaysia la..
Ada persembahan nasyid oleh kanak-kanak, permainan untuk kaum bapa, ibu & kanak-kanak. Akhir sekali undian bagi perlantikan Penghulu baru.
No comments:
Post a Comment