Friday, September 4, 2009

Balik Msia, eksperimen & juadah

Pagi kami ke rumah Faizal. Hasrat hati nak menolong dia mengangkat barang ke kontena. Bila sampai tengok semua barang dah masuk kontena. Rupanya kontena dah sampai awal & juga barang tak banyak. So kejap je dah siap. Jadi kami datang jadi tukang tengok acara kemuncak barang yang 'utama' masuk kontena.






Lepas tu ayah hantar kami balik dan gi solat Jumaat. Di rumah, mak buat puding untuk di bawa ke kuliah hadis. Lepas solat Jumaat, ayah hantar mak ke school.

Mak sambung buat eksperimen yang tertangguh. Mula2 sebab diorang basuh baju clean room mak dan semalam lak compress air tu pulak yang rosak. Sikit je pun nak buat. Spin coating polythiophene dan kemudian test samada dia larut atau tidak dalam methanol. Hasilnya ia tak larut. Jumpa jap SV bagitau result. SV kata nnt bincang balik dgn 2nd SV next week. Mak pun balik la..





Balik mak singgah jenguk ke rumah warga baru Durham, Amiruddin. Ambik order barang yang nak dibeli di Newcastle. Balik rumah mak masak Vadai dan kemudian ke kuliah hadis.


Vadai


Puding Marble


Penuh betul jadual hari ni. Malam update blog la...

No comments: