Monday, September 14, 2009

Apam! Apam! Apam!



Petang tadi mak buat apam. Buat 2 adunan. Bagi sikit kat Amalina untuk buka puasa dalam train nanti. Dan juga bagi jiran-jiran yang jauh-jauh pulak. Kali ni mak buat pelbagai bentuk. Baby/small apam, Medium apam & Large apam. Cam saiz ayam pulak. hehe... Tapi small & medium apam tu cam sama la pulak saiznya dalam gambar sebab ambil dekat sangat.

Kali ni mak bagi resepi apam ni. Ramai yang dah tanya tapi asyik lupa je nak bagi + malas nak menyalinnya. Resepi tulis tangan je.

Resepi apam

300 g tepung gandum (Kt UK ni mak guna self raising flour. Kt Msia dulu guna tepung gandum je & jadi. Sini kalo guna tepung gandum je tak jadi. Tak tau kenapa. Kandungannya tak sama)
250g gula
100ml santan/susu (mak guna susu segar)
3 biji telur
1 sudu teh ovalette (Kt UK mak tak pernah jumpa, Msia ada la. Tapi tak bubuh pun tak pe cuma kalo bubuh lagi lembut & gebu)
1 sudu teh esen vanila
pewarna.

-Pukul telur & gula sampai kembang, masuk ovalette & pukul lagi.
-Masuk tepung berselang-seli dengan santan/susu
-Masuk esen vanila
- bahagikan ke beberapa bahagian & letak pewarna
-Masuk dalam bekas dan kukus selama 15 - 20 minit.


Small Apam


Medium Apam


Large Apam

2 comments:

anon suria said...

tq..tq. su ada ovellette. bawak dari msia. nanti nak try...

ummi n hubby said...

thank you bg apam.. best.. HArith nk lagi, tak cukup daa.. kena bt sendiri, senang je nmpk tu..