Hari ini group research adakan aktiviti tahunan. Group ni group 2nd supervisor I, Prof Petty. 1st supervisor, Dr Sherri group lain. Group ni memang setiap tahun adakan 'group walk'. Memula tu tak sure nak join ke tak. Takut tak larat dan juga keadaan lutut yang baru nak pulih semula. Tapi tak join rasa rugi pulak. Pengalaman merantau di tempat orang. Lagi pun rasa segan gak dengan orang-orang yang dah tua pun join juga. Supervisor, Prof dan juga techicion yang umurnya semua dah lebih 50 thn. Semuanya 16 orang termasuk 2 perempuan.
Kali ni group walk ke Roseberry Topping. Ia adalah nama bukit. Bukannya nama kek atau biskut ke... Terletak di antara North Yorkshire and Redcar & Cleveland, England. Kira-kira 1 jam memandu kereta dari Durham. Bukit ni adalah bukit batupasir dengan ketinggian 320meter.
Ada disediakan tempat parking dengan bayaran GBP 2.20. Juga disediakan toilet yang bersih. tapi de la ambil gambar toiletnya. Tempat ni namanya Newton-under-Roseberry. Ni kaki bukit tu la kiranya.
Kami bertolak dari Durham University jam 9.30 pg dan sampai 10.30pg.
Ada disediakan tempat parking dengan bayaran GBP 2.20. Juga disediakan toilet yang bersih. tapi de la ambil gambar toiletnya. Tempat ni namanya Newton-under-Roseberry. Ni kaki bukit tu la kiranya.
Mula mendaki jam 10.35 pagi. Ni gambar bukit tu dari tempat parking.
Pendakian bermula dengan melalui tepi kawasan ladang. Group ni semuanya tinggi-tinggi dan langkah panjang-panjang. I ni dah la rendah dan langkah pendek-pendek. Jenuh nak mengejar diorang ni.
Cantik ladang-ladang ni. Diorang baru lepas gembur tanah. Yang putih-putih tu semua burung-burung laut yang datang makan kumbang/cacing yang keluar dari tanah.
Cantik ladang-ladang ni. Diorang baru lepas gembur tanah. Yang putih-putih tu semua burung-burung laut yang datang makan kumbang/cacing yang keluar dari tanah.
Seterusnya kami memasuki kawasan hutan. Tapi sikit je la. Masa ni I dah semput. Baru 10 minit mendaki. Terpaksa stop. Termengah-mengah. Orang lain semua dah naik. SV dan beberapa org yg tunggu I. Ayooo.. malunye.. yg tunggu tu sorang Prof, sorang Dr, sorang technician. Semua tua2. Dan sorang student PhD perempuan. SV kata ni mesti kat Msia, I tak banyak berjalan. hehehe... memang pun...
Kemudian kami memasuki kawasan berumput. Dah tak de pokok. Rumput je. Dah boleh nampak permandangan. Cantik. Rasa nak berpiknik je. Naik lagi kawasan berumput gak.. Ayoo... penatnya. baru sampai sini je, I rasa dah 10 kali berhenti. SV je yang setia menunggu. Dia tu dah tua tapi relax je. Cam la naik bukit ni berjalan di tanah rata.
Sampai sini kira semput tahap 95% la... SV kata tak pe dia tunggu. Suruh I relax dulu. Sian lak kat dia. Org lain semua dah naik. So I cakap tak pe la. Dia naik. Nanti I naik slow-slow. Dia kata kalo tak mau naik rehat kat sini je. Nanti senang dia cari. I cakap I nak naik gak. Dia kata ok tapi dia kata boleh tunggu kat kawasan separuh bukit tu kalo tak larat. I kata ok je. So dia naik la.
SV suruh tunggu kat pondok tu
Senyum kepenatan
Ayoooo... tingginye lagi...
Ku teruskan jua. Mana leh mengalah. Alang-alang dah mendaki mesti kena sampai puncak. Lagi pun dah tengok gambar kat internet. Memang cantik pemandangan dari atas tu.
Pendakian bukit dengan batu-batu yang tersusun seperti tangga.
Permulaan pendakian dengan kawasan batu bertangga.
I mendaki dengan momentum sendiri. Tak sampai 10 langkah dah stop. Sempat ambik gambar. Rupa-rupanya SV tu tunggu I kat separuh jalan. I ingatkan dia dah naik atas. Maybe dia risau kut takut I jatuh tergolek ke.
Bersama SV (Prof Petty)
Bawah tu bandar Great Ayton

At last, I sampai juga on the top of the hill. Yehhhh.... Sampai jam 11.24. Ok la dalam 1 jam gak. Tapi rasanya orang lain 40 minit je. Sampai atas pertama sekali I nampak pasangan couple yang dah tua. Rasanya baya umur mak I. Dia tersenyum tengok I. Macam nak tanya je, diorang naik helikopter ke naik atas tu.
Group member yang lain cam dah boring je. Diorang dah lama sampai. Memang tak de ape pun atas tu. Cuma nampak pemandangan yang cantik. Kawasannya pun kecik je. Just ada 1 batu tanda. Gayat sungguh I. Lutut pun masih terketar-ketar lagi. Nak posing maut pun tak brapa boleh berdiri dengan betul lagi.
Group member yang lain cam dah boring je. Diorang dah lama sampai. Memang tak de ape pun atas tu. Cuma nampak pemandangan yang cantik. Kawasannya pun kecik je. Just ada 1 batu tanda. Gayat sungguh I. Lutut pun masih terketar-ketar lagi. Nak posing maut pun tak brapa boleh berdiri dengan betul lagi.
Bersama SV (Prof Petty)
Bawah tu bandar Great Ayton
Rasanya dalam 10 minit je kut, I kat atas tu. Orang lain dah lama kan.. Dah posing-posing, mestila nak balik. Tak pe la, rasa cam nak datang lagi. Masa turun kami ikut jalan lain pulak untuk merasa pengalaman lain. Kami melalui ladang Airey Holme Farm.
Sebenarnya Roseberry Topping ialah bukit yang selalu didaki oleh Captain Cook. Seorang ahli pengembara/pelayar yang terkenal. Captain Cook masa kecik dulu tinggal di Great Ayton. Di kaki bukit ni la. Ayah dia dan dia juga kerja kat ladang Airey Holme. Boring-boring.. dia selalu gi daki bukit ni. Dari atas bukit ni nampak lautan dll. Dari sinilah dikatakan dia mendapat ilham/motivasi untuk mengembara mengeliling dunia.

Lebih kurang pukul 12.15, kami sampai semula ke tempat parking kereta. Kemudiannya kami berjalan kaki ke restoran berhampiran untuk lunch. Nama Restoran The Kings Head. First time I makan di Restoran org Inggeris. Pilihla menu yang agak-agak rasa boleh. Makanla. Tapi lambat betul cara makan diorang ni. Dari starter, main course dan desert. I siap tanya SV lagi. Nak kena order semua ke? Kita kan biasa makan sejenis je.
Replika Captain Cook masa umur 16 tahun. Tengah pegang tiang kat atas Roseberry Topping sambil memandang ke laut.Sebenarnya SV nak gi melawat banyak lagi tempat. Tapi sebab ramai yang nak balik so semua balik la. Banyak lagi tempat yang berkaitan dengan Captain Cook di sini termasuk juga ada monument dll. Tak pe lain kali I pegi sendiri dengan family lak.
Kesimpulannya daki bukit ni macam buat PhD la juga. Penuh liku-liku, dugaan, kepenatan dll. Cari nak capai nya juga berlainan. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Yang pentingnya dapatttt.
Kesimpulannya daki bukit ni macam buat PhD la juga. Penuh liku-liku, dugaan, kepenatan dll. Cari nak capai nya juga berlainan. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Yang pentingnya dapatttt.
Dan I berjaya mencapai Roseberry Topping. Anda bila lagi ?????
No comments:
Post a Comment