Thursday, September 10, 2009

Pencen UK

Hari ni mak masak rendang pedas ayam pencen. Ayam pencen ni org Msia yg letak rasanya. Ia nya merujuk kepada ayam betina yang dah tak boleh bertelur lagi. Tapi kalo ayam ni guna teknik IVF rasanya boleh lagi bertelur walaupun dah pencen. Tapi kat sini jangan lak gi kedai tanya ayam pencen. Pening orang kedai. Kat UK ni diorang panggil 'hard chicken' or hen (ayam betina).

Mak pun masak la rendang sebabnya kalo kat Msia, opah akan beli ayam pencen ni utk masak rendang. Isi nya lebih sedap dan kalo masak lama pun ianya tak la hancur.

Setelah dimasak lama, ayam ni masih lagi liat. Kalo kat Msia tak de la seliat macam ni. Kemudian baru mak teringat. Kat Msia org pencen umur 58 0r 56. Tapi kat UK ni pencen umur 65. Rasanya sama la juga dengan ayamnya. Patutla dah masak lama pun masih liat lagik.




Mak juga buat cucur roti. Sekarang dah pandai. Roti yang yg lalu nak dihabiskan or bahagian tepi2 roti yang Irfan tak mau makan tu, mak buat cucur roti. Bagus tak membazir. Cara buatnya mudah dan sedapppp.


3 comments:

SeMiN said...

luculah kisah ayam pencen niee hehehehe

fidz said...

aif ayam tu nak lembut sikit, rebus dulu ayam tu ngan air kelapa .. but pndai2 le cari kat durham yek..

hnyhar said...

kelakarnye andaian akak ttg ayam pencen & relationshipnye dgn org uk-msia pencen..significant ke..kih3.

hmm..bagus mak ni..xmembazir langsung.