Hari ni mak buat biskut ‘orang lama’ biskut kulit kerang. Kenapa Biskur kulit kerang ??? Kerana permukaannya yang bergerigi/tak rata seperti kulit kulit.
Resepi ini adalah resepi lama tetapi telah di eksperiman dan diubahsuai oleh mak & opah bagi meng ‘upgrade’ kesedapannya mengikut citarasa kami.
Mak guna Cik Kenwood bagi membantu mak menyiapkan adunan dengan cepat
Biskut kulit kerang
Bahan-bahan
1.5 cawan majerin (mak guna 1 cawan mentega, 0.5 cawan majerin)
1.5 cawan gula halus (gula biasa yang telah di kisar & di ayak)
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
3 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji kuning telur
Serbuk koko (3 – 5 sudu besar)
Susu pekat manis (2 sudu besar)
Esen vanila
Cara-caranya
1. Pukul mentega/majerin hingga kembang dan masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
2. Ayak campuran tepung-tepung & serbuk penaik. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega yang telah kembang. (Cik Kenwood yang tolong gaulkan)
3. Masukkan esen vanila dan bahagi doh kepada 2 bahagian.
4. Keluarkan 1 bahagian. 1 bahagian lagi dicampur dengan serbuk koko dan susu pekat manis. Jika suka warna yang gelap, masukkan lebih serbuk koko dan susu pekat manis.
5. 1 bahagian lagi boleh juga dicampur dengan pewarna kuning jika ingin kelihatan lebih kuning. (Mak tak buat).
6. Bentukkan supaya mudah memasuki adunan.
7. Cantumkan 2 warna. Masuk ke dalam acuan dan tekan. Potong dengan benang atau dawai besi.
8. Masak dalam oven suhu 180’C selama 15 minit.
SELAMAT MENCUBA
0 comments:
Post a Comment