Thursday, August 18, 2011

Teknik tanam & tinggal–tomato

 

Mak nak tunjukkan pokok tomato mak.  Alhamdulillah telah menampakkan hasil.  Tahun ni mak tanam pokok tomato ceri & tomato salad.  Buah dah keluar, insyaAllah akan masak menjelang Syawal nanti. 

Mak menanam pokok tomato ni berdasarkan teknik tanam & tinggal.  Senangkan.  Boleh le cuba jika berminat.

Mak yang tanam dan tinggal kan je.  Tak perlu siram atau jaga.   Mak menjaganya dari proses menanam benih (benih mak yang beli) hinggalah anak benih tumbuh.  Selepas tu mak tinggalkan je.  

Hihi… Mak ada suami dan anak-anak yang rajin.  Suami mak ni la yang sambung kerja seterusnya.  Dari mengalih anak benih, membaja setiap minggu, memotong tunas yang tak sesuai, mengikat batang pokok dll.  Anak-anak pulak tukang siram pokok.   Akhir sekali, lepas hasil keluar, mak tukang petik je.  Senangkan.

 

DSC_9108

DSC_9109DSC_9110

DSC_9113

Ada macam buah tomato mak tak ?

No comments: