Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa

 

Kali ini kali ke 3 kami berpuasa di perantauan.   Masa berpuasa semakin lama sebab semakin menghampiri pertengahan musim panas.  Alhamdulillah musim panas kali ini selalu hujan je. 

Hari ini kami berpuasa dari jam 2.30 pagi sehingga 9.09 (Hampir 19 jam).  Irfan berpuasa macam biasa.  Bersahur pagi.  Alhamdullilah rezeki di perantauan.  Walaupun tiada pasar ramadan, juadah penuh semeja dari jiran-jiran.

Kami juga meneruskan tadarus seperti tahun lepas.  Alhamdulillah.

Kuih hari ini: puding jagung

 

Resepi puding jagung


1 tin jagung krim (kat Tesco/Asda/Sainsbury/Aldi/Netto/Lidl tak de, kat kedai WingHong ada)
1 tin santan (mak guna brand Renuka - beli kat WingHong juga)
3/4 tin gula - beli kat Home Bargain
1 tin tepung kastad - beli kat Tesco jenama Bird Custard
1 sudu besar tepung jagung - beli kat Tesco
4 tin air
(Gunakan tin bekas sukatan jagung tadi)
Caranya
-Campur je semua dan masak
-Sentiasa kacau (bab ni yang mak paling malas)
-Setelah pekat,likat dan berkilau, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dan boleh la di makan

 

DSC_9076DSC_9077P1110266

Juadah hari pertama.

1 comment:

noneey said...

wahh..meriah juadah akak :D