Hari ini mak menjalani pemeriksaan IVU. IVU ialah :
An intravenous urogram is a test that allows your doctor to look at your urinary system, using a special dye (contrast medium) that shows up on X-ray.The dye is injected into one of your veins and travels through your bloodstream, kidneys, ureters and bladder before being passed out in your urine. The dye helps to show your urinary system more clearly than an ordinary X-ray. Your doctor will be able to see how quickly and efficiently your urinary system is working and how well it’s dealing with fluid and waste.
(dipetik dari: http://www.bupa.co.uk/individuals/health-information/directory/i/intravenous-urogram)
Ini kali pertama mak menjalani pemeriksaan ini. Ianya bermula sehari sebelumnya iaitu persediaan usus. Usus perlu dikosongkan mengikut diet pemakanan yang diberikan/dicadangkan.
Pagi: Mak makan 1 keping tortela
Tengahari: Bubur nasi + ayam. 1 biji pisang. Jam 4 petang: kena makan Picolax (ni pelawas la). Aktiviti seterusnya pergi toilet je la.
Malam : Kuih sup ayam (kuah je tau). Boleh kurus cam ni.
Pagi (sebelum pemeriksaan), boleh minum kopi atau teh tanpa gula. Tanpa GULA… lebih baik mak minum air kosong je la.
Makanan seperti sayur-sayuran dan produk tenusu adalah dilarang. Mak juga perlu minum banyak air kosong.
Hari pemeriksaan. Pemeriksaan dijalankan dibilik x-ray. Perlu tanggal baju dari pinggan ke atas je. Barang kemas pun kena buka. Mak lupa lak nak buka rantai. Oooppss… Dia kata tak pe, bukan nak xray sampai atas pun.
1) Xray pertama diambil
2) Inject Iodine. 2 tuib. Rasanya dalam 500ml. Warnanya jernih. Mak cakap kat radiology tu, mak ingatkan color iodine tu purple. terbayang keluar kencing warna purple. Semasa inject, rasa panas perut & rasa nak terkencing. Tekak pun ada rasa sedikit loya dan nak muntah. Tapi kejap je.
3) Lepas 5 minit, xray ke 2 diambil. Lepas 5 minit lg ke 3.
4) Kemudian dia letak benda kat atas perut mak, tekan & seal. Ayoooo… sesak nafas dibuatnya. Dia kata nak kasi iodine tu stop kat kidney & nak xray (kalo tak salah mak la, kekadang tak faham gak apa omputih ni explain). Then X-ray & xray lagi.
5) Kemudian dia lepaskan benda tu. Wah … lega… xray lg.
6) Dia suruh mak ke toilet, buang air. Kemudian x-ray lagi kali terakhir.
Keseluruhan proses rasanya dalam 45 minit. Ok.. selesai. Result tunggu jumpa doktor bulan 10 nanti.
No comments:
Post a Comment