Tuesday, August 16, 2011

Resepi biskut rabita

 

P1160509

Hari ni mak berkongsi resepi biskut rabita.  Biskut ni tak pasti le mana asal-usulnya dan kenapa namanya Rabita.  Orang yang rekanya nama Rabita kut.  Tapi sebab mak dah modify, boleh tak letak nama biskut Zarina.  Agak-gak boleh glamor tak. Jiran mak panggil biskut tayar kereta je.

Tapi dari kecik memang antara biskut yang akan kami buat masa raya.  Resepi ni macam biasa mak dah ubah-ubah ikut kesesuaian.

Resepi Biskut Rabita

Bahan-bahan

300g majerin (Mak guna 250g mentega, 50g majerin)

300g gula halus

2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung beras

2 cawan tepung ubikayu (tapioca flour)

1.5 cawan kelapa kering

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

kacang yang telah digoreng kering

Untuk disapu atas biskut :kuning telur, pewarna kuning, susu cair/pekat (Pakai kuning telur je pun boleh)

Cara-caranya

1.  Pukul mentega/majerin hingga kembang dan masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.

2.  Ayak campuran tepung-tepung. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega yang telah kembang.  Masukkan kelapa kering. (Cik Kenwood yang tolong gaulkan)

3.  Masukkan esen vanila dan jadikan doh

4.  Terapkan doh dengan acuan kuih donut

5.  Letak 3 biji kacang dan sapu kuning telur.

6.  Bakar dalam oven suhu 180’C selama 15 minit.

P1160504P1160502

No comments: