Monday, August 31, 2009

8th wedding anniversary



8 tahun. Cam tak percaya je masa berlalu. Anak dah 3.

Perkenalan 9 tahun lepas di 'internet' membawa kami ke jinjang pelamin. Zaman ciber, cari jodoh di internet je. Pilih je nak org mana, umur brapa, kerja ape dll. Yang lain2 berdoa je semoga sesuai. Asalnya tak de la niat nak cari calon suami. Just nak cari kawan je yang sama bidang pekerjaan. Boleh bertukar-tukar pendapat, nak cari 'cable' kut2 la nak cari company lain tukar kerja. Ayat I menyapa di internet ' Hai saya engineer juga. Boleh kita bertukar-tukar fikiran sesama engineer'. Kelakar je bunyi nye. Tapi ayat kelakar ni kut yang 'power'. Ada orang boleh tersangkut. Hehehe....

Dah jodoh, akhirnya kami kahwin selepas setahun berkenalan. Tarikh perkahwinan adalah 31 Ogos 2001. Dah lama dah I reserve tarikh tu. Memang kalo nak kahwin mmg nak tarikh tu. Sebabnya kat Msia setiap tahun pasti akan cuti. Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dan juga boleh sambut sekali ulangtahun perkahwinan kami. Rumah pasang bendera, tempat awam pun pasang bendera. Terasa meriah bulan Ogos setiap tahun.

Ok. gambar 8th anniversary. Di rumah je pun...


Dari suami tercinta


Dari isteri tersayang


Untuk mu suami ku


I LIKE IT


Family


Family & Cake


Potong kek


No 8


'Cepatla sikit mak ni'


'Mari makan kek'


Yummy !!!


Makan kek sendiri


'Semoga kasih sayang berpanjangan'


Tunjuk jalan

Pagi ni kami bawa En Amiruddin sekeluarga tunjuk2 jalan. Kami ke carboot Chester-le-st. Hujan.. carboot tutup cepat & tak ramai org berniaga. Kemudian kami tunjukkan Asda Spennymoor. Shopping Ok.. nanti kita ke Newcastle lak.

Sunday, August 30, 2009

Resepi kek coklat Merdeka



Atas permintaan ramai, mak siarkan resepi kek coklat yg mak buat semalam. Siapa yang tak sempat makan semalam, boleh la buat sendiri lak.

Sukatan ni dapat menghasilkan kek saiz 9 inci x 11.5 inci (saiz kek semalam). So kalo bekas kecil & nak buat sikit, pandai2 la kurangkan mana yang patut.

Bahan A :
255 g mentega
450 g gula castor
5 biji telur

Bahan B :
3 sudu teh kopi segera
1½ sudu besar air panas
1 ½ sudu kecil esen Vanilla
1 ½ sudu kecil Chocolate emulco (mak guna 2 ketul coklat masakan yg dicincang halus)

Bahan C :
330 g tepung  (diayak)
100 g serbuk koko
1 sudu teh garam
1 ½ sudu teh bicarbonate soda
2 sudu teh baking powder

270ml air sejuk

Caranya :

1. Pukul mentega & gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. Campurkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan tadi dan pukul lagi.
4. Dalam bekas lain, campurkan bahan C. Sendukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan berselang-seli dengan air sejuk. Bermula dan berakhir dengan tepung.
5. Masukkan dalam bekas dan bakar dengan suhu 175 C selama 40 minit.


SELAMAT MENCUBA

Iftar Ramadan 2009 - Malaysian

Semalam berlangsung majlis iftar bagi warga Malaysia di Keenan House. Berkumpul ramai2 ni best. Dan juga masakan juga best2. Mak teringin nak makan pulut panggang. Tup..tup.. Hanira bawa.. bestnya. Alhamdulillah. Berkat berkumpul ramai2 ni kita merasala sorang sikit.


Makanan-makanan


Pilih-pilih


Ambik-ambik


Makan-makan


Main-main


Suami Mithali

Untuk majlis ni mak bawa Kek Merdeka menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 52. Mak juga bawa nasi goreng ikan masin serai kantan.


Kek Merdeka


nasi goreng ikan masin serai kantan.


Dah kenyang. Jom balik.

Saturday, August 29, 2009

Izzah at 13 months

Izzah at 13 months


Gambar dah keluar - utusan

Keluar gak gambar kami. Hari2 tengok paper online. Semalam je tak tengok. Rupa2 nye semalam kluar. Paper hari Jumaat rasanya. At last gambar masuk paper gak. Yer la tak pernah kan... Orang yang Msia tolongla gunting & simpankan..

Tengok sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=salam_perantauan2009&pub=salam_perantauan2009&y=2009&dt=0827&sec=Album&pg=keluargaanasoruddinmohamaddurhamuk.html

Nak tunggu Berita harian lak.

Cap ayam & merah menyala

Izzah dan Iffah posing atas blanket cap ayam. Pesanan dari bos adik di Malaysia. Dah beli terpaksa check dulu kut2 ade koyak ke. Nampak ok je.. Bungkus balik.

Dan juga blanket merah menyala.




Friday, August 28, 2009

Puding jagung



Lauk semalam banyak lagi. Masak sayur bayam dan buat puding jagung je hari ni. Malas nak kacau lama sampai pekat. Akibatnya kena makan dengan sudu sebab lembik. Tapi manis sangat la pulak... Puasa kan.. agak2 je.

Thursday, August 27, 2009

Ikan salmon masak lemak lengkuas

Selalunya ikan salmon ni mak masak kari or goreng je. Pernah gak hari tu try buat sup. Kali ni try masak lemak lengkuas. Wow.. sedapnya... bagi mak la.... Tapi sebab puasa so tawar la sikit. Ayah kata tak pe.. tak yah masin2 sangat. Mak letak sikit je cili padi sebab anak2 nak makan gak. Kalo pedas sian diorang. Tapi kalo buat untuk makanan orang dewasa letak byk sikit cili baru sedap. Pedas..pedas..lemak. Lengkuas tu pulak menaikkan aromanya...



Wednesday, August 26, 2009

Play kitchen set

Hari ni dapat 'Play kitchen set' dari freecycle. Bestnya. Semua excited nak main. Termasuk abang. Mak ayah pun tumpang sikit2. Maklumlah masa zaman kecik2 dulu just ada set pinggan cawan mainan je. Ni siap dapur, microwave, toaster, blender dll. Microwave tu ada lampu & juga boleh spin macam real nye... Toaster & blender pun sama.
Alhamdulillah. Semua nya free. Bolehla anak2 mak masak tanpa ganggu mak lagi. Harap-harapnye la.

Tuesday, August 25, 2009

Puding roti rasberi



Menu hari ni.

Puding Roti Rasberi

10 keping roti wholemeal
1 tin susu cair
3 sudu susu pekat
3 sudu tepung kastad
1 cawan air
jem rasberi
2 sudu gula
kismis

Panaskan susu, air dan gula. Masukkan tepung kastad.
Sapu jem rasberi pada roti dan potongkan.
Lapiskan ke dalam bekas. Tabur kismis.
Tuang susu tadi kan tekan2kan
Bakar selama 35 minit dan suhu 180 C.
Taburkan gula castor



Masa tulis ni kami tak makan lagi. Tak tau la apa rasanya. Nanti dah potong & dah makan baru komen lain lak. Maybe kena modify sikit resepi tu.

Irfan naik bas

Hari ni mak bawa Irfan naik bas ke town Durham. Dia complain mak & ayah hari2 naik bas. Ok la hari ni mak bawa la Irfan. Biasala dia bukan larat jalan sangat pun. Jalan sikit dah nak berhenti rehat. Kami just ke Tesco dan kedai sayur je pun untuk beli barang dapur. Dia kata best la mak naik bas. Mak naik bas free je sebab student Durham University. Irfan kena bayar 1.75 pound untuk return ticket.

Tengah tunggu bas. Lambat la pulak bas hari ni.

Dalam bas



Kat bandar Durham

Monday, August 24, 2009

Puding bun marble & bubur lambuk

Menu hari ni.

Puding Bun Marble

3 roti bun
2 biji telur
1 1/2 sudu makan marjerin
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
Agar2
Air
Coklat ganache (boleh juga guna emulco)

Didihkan agar2 dan air (ikut sukatan pada paket)
Blender roti bun, telur, susu cair & susu pekat.
Masukkan bahan blender ke dalam agar2 dan kacau hingga mendidih & pekat
Masukkan marjerin & kacau lagi.
Bahagikan adunan kepada 2 bhg dan masukkan coklat.
Lapis-lapiskan ke dalam bekas dan sejukkan.




Bubur Lambuk

Kek Puasa & Kek Arni

Semalam mak buat kek khas untuk Arni yang nak balik Brunei hari ni setelah habis Master nye. Congratulations Arni...... Tapi Arni akan ke London dulu, settlekan pelbagai urusan dan terus balik ke Brunei. Tak tau bila boleh jumpa lagi. Harap Arni datang la konvo nanti.




Mak juga buat kek 'Selamat Berpuasa'



Irfan & Iffah sedang makan strawberry dengan coklat

Sunday, August 23, 2009

Riverwear Chester-le-Street

Kami ke carboot Chester-ler-Street lagi. Kemudian kami ke Riverwear untuk bawa anak-anak main. Ok gak tempat ni. Bagus gak untuk berpiknik.


Masuk sini free tapi parking kena bayar


Bayaran parking


Play area. Iffah tidur.


Izzah confius... Banyaknye tempat main


Abang pun tak pasti nak main ape


Main train la


Main dengan abang


Abang & kawan baru


Ada tempat mandi. Sejukk.....


Ada tempat main bola


Boleh gak berpiknik


Ada itik & angsa


Irfan kata lain kali bawa roti kasi itik makan


Me & my darling. Tak sampai sepemeluk la....


Dah tu.. Jom balik...