Saturday, August 8, 2009

Sheffield - Day 1

Hari ni kami sekeluarga ke Sheffield. Tujuan utama adalah untuk menziarahi Ayah Chik dan WanChik di rumah Siti Dania. Tujuan lain ialah menziarahi kawan-kawan dan jalan2 la.

Sampai je ke Sheffield terus nampak Wheel of Sheffield. Irfan kata nak naik tu. Alhamdulillah dapat parking kereta betul2 depan wheel tu. Parking 1.50 pound untuk sejam. Max pun 1 jam je. Terpaksa la kami renew bayar parking setiap 1 jam. Nasib baik tak jauh dari tempat2 yang kami lawati.


Berhenti rehat di service Wakefield


Depan signboard


Harga tiket (Kami sekeluarga GBP 15.50)









Kereta merah ada sunroof tu kami punya la.




Kemudian kami ke Millennium Square. Ianya terletak di antara Peace garden dan Winter Garden. Kat situ ada sculptor/arca yang dinamakan 'Rain'. Ianya adalah sfera yang diperbuat daripada stainless steel. Ada pelbagai saiz dan yg terbesar adalah berdiameter 2meter. Ada air mengalir disekeliling sfera tu. Waktu malam cantik la sebab dipasang lampu berwarna-warni mengelilingi sfera tu. Tapi kami datang pagi, tak de la nampak lampu tu.








Kemudian kami ke Winter Garden, S1 2LH. Ni rumah kaca. Ada lebih dari 2500 tumbuhan dari seluruh dunia di tanam di sini. Tinggi Winter garden ni 22 meter dan panjang 70 meter. Dalam disediakan bangku tempat berehat. Kami pun berehat dan makan bekalan yang dibawa.
Ada juga disediakan ambulan services yang berbasikal yang buat rondaan sekeliling winter garden/peace garden dan millenium square tu.
Garden ni juga tempat posing gambar pengantin. Banyak la juga pengantin yang posing hari ni.




t








Kemudian kami ke Millennium Galleries, Arundel Gate, S1 2PP. Art,cultural and metal galleries. Galeri ni bersambung dengan Winter Garden.











Akhir sekali kami ke Peace Garden. Ada Goodwin Fountain. Ramai la org mandi-manda. Anak2 mak pun teringin gak... Sorii... mak tak kasi.. banyak lagi tempat nak gi..





Habis lawatan, kami jumpa AyahChik & siti tak jauh dari tempat lawatan kami. Jalan2 jap dan kami pun ke rumah Siti. Kami lunch & solat. Sedap masakan WanChik & Siti. Siap bekalkan kami lagi.



Kemudian kami ke rumah Zurina (FKP). Kak Ayu (FKP) pun datang juga. Sedap mee nye...






Zurina tengah ajar cara2 buat tempeh

Akhir sekali kami ke rumah Shaari. Oleh kerana hari dah malam dan dah letih kami pun menumpang tidur di rumah Shaari. Besar & cantik rumahnya. Makanan pun sedap. Pandai Su masak.





1 comment:

anon suria said...

wow..info yang sgt menarik tentang sheffield. siap bagi poskod lagik!

blush!blush!...masak cepat-cepat jer.blm habis masak..tamu dah sampai.