8 tahun. Cam tak percaya je masa berlalu. Anak dah 3.
Perkenalan 9 tahun lepas di 'internet' membawa kami ke jinjang pelamin. Zaman ciber, cari jodoh di internet je. Pilih je nak org mana, umur brapa, kerja ape dll. Yang lain2 berdoa je semoga sesuai. Asalnya tak de la niat nak cari calon suami. Just nak cari kawan je yang sama bidang pekerjaan. Boleh bertukar-tukar pendapat, nak cari 'cable' kut2 la nak cari company lain tukar kerja. Ayat I menyapa di internet ' Hai saya engineer juga. Boleh kita bertukar-tukar fikiran sesama engineer'. Kelakar je bunyi nye. Tapi ayat kelakar ni kut yang 'power'. Ada orang boleh tersangkut. Hehehe....
Dah jodoh, akhirnya kami kahwin selepas setahun berkenalan. Tarikh perkahwinan adalah 31 Ogos 2001. Dah lama dah I reserve tarikh tu. Memang kalo nak kahwin mmg nak tarikh tu. Sebabnya kat Msia setiap tahun pasti akan cuti. Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dan juga boleh sambut sekali ulangtahun perkahwinan kami. Rumah pasang bendera, tempat awam pun pasang bendera. Terasa meriah bulan Ogos setiap tahun.
Ok. gambar 8th anniversary. Di rumah je pun...
5 comments:
semoga kasih sayang berpanjangan...happy anniversary k zarina & abg naso (ooo bestnye smlm makan kek..)
Happy 8th Anniversary Kak Zarina & Abg Naso.. Smoga bertambah-tambah keceriaan & kegembiraan keluarga kak zarina di samping suami serta anak2 yang sgt2 comel & semoga sentiasa diberkati oleh ALLAH s.w.t. Amin =)
:D happy anniversary kakzarina! saya pinjam beberapa resipi hehe
Tq semua.
Hasma, menjadi ke resepi yang awak ambil tu. Akak ni masak main agak2 je. Hope menjadila & sodap.....
happy anniversary kak!
rindu la ngan akak and anak2...huhuhu..sket lagi saya balik ya....akak nak pesan apa2?
Post a Comment