Thursday, August 20, 2009

Resepi Korma Masak Ayam

Resepi Korma Masak Ayam

Nama Korma Masak Ayam ni, mak yg pandai2 bagi. Sebabnya dia bukan resepi Ayam masak kurma. Ni bukan pakai rempah kurma tapi pakai buah Korma/Tamar. Makdah pernah letak gambarnya tapi saja tak letak resepinya. Saja tunggu orang tanya..kut..kut ada yang berminat. Sebab ada yang dah tanya so mak letakla. Tapi perlu diingat, resepi ni sukatannya mak agak-agak je ikut suka. Tak perlu la ikut betul2 sebab mak masak pun main campak2 je. Tak de sukatan sebenarnya.


1 ekor ayam / 1 kg daging
20 biji buah korma/tamar (buang biji) - nak letak banyak pun tak pe.
2 biji bawang besar (sebesar penumbuk) - bawang sini mmg besar2
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar cili kisar (kalo nak pedas letak byk)
2 sudu besar madu (mak suka letak byk2)
kicap
garam
gula
air
minyak masak

1) Kisar (blender) 1 ulas bawang besar, bawang putih, halia dan 10 biji kurma.
2) Letak ayam dalam bekas. Masukkan bahan kisar, cili, madu, kicap, garam dan gula.
3) Perapkan selama 1 jam di dalam petisejuk. (kalau semalaman lagi bagus)
4) Ambil kuali dan masukkan sedikit minyak.
5) Tumis serai dan 1 ulas bawang besar yang telah dihiris.
6) Bila bawang kekuningan, masukkan ayam yang telah diperap. (Masukkan ayam sahaja, jangan masukkan kuah/airnya lagi)
7) Masak ayam hingga separuh masak. kacau bila perlu.
8) Masukkan lebihan kuah/air perapan tadi dan masukkan juga air jika perlu.
9) Bila hampir masak, masukkan 10 biji kurma yang dihiris ke dalam ayam tadi.
10) Masak sehingga kuah agak kering. Jangan kering sangat pulak. Boleh la di makan....



Selamat mencuba.

No comments: