Friday, July 17, 2009

Wade kaping

Mak buat ni untuk di bawa ke kuliah hadis tadi. Kuih org Banjar. Sepatutnya yang bulat-bulat tu warna putih. Tapi disebabkan mak hanya ada tepung pulut yang ready made berpandan warna hijau so mak pakai je la. Sagu tu pulak mak sendiri tambah. Sepatutnya tak letak sagu tapi sebab mak suka sagu, mak letak je la.

Bahan-bahannya: Tepung pulut, tepung gandum, air,santan, daun pandan, gula melaka/molesses, sagu, air dan garam.

Caranya: Campur tepung pulut, tepung gandum (sikit je) dan air.  Agak-agakla kasi boleh sampai boleh digentel bulat.

Kemudian sediakan kuah ni.  Ala.. macam masak bubur kacang je.  Campur santan,  daun pandan, gula melaka/molesses, sagu (yg dah direndam dan dibilas), air dan garam. Biar mendidih dan kemudian masukkan tepung tadi.  Biar mendidih semula.


Sukatannya, agak-agak je la. Malas nak cerita step. Tengok je la. Tak faham boleh tanya.







  Versi warna hijau (sebab guna tepung pulut warna hijau)  


  


No comments: