Saturday, July 25, 2009

Sunderland International Airshow 2009

Pagi ni kami ke Sunderland. Kami beli ikan. Beli ikan whiten, salmon dan ikan sebelah.

Kemudian kami menyaksikan Sunderland International Airshow 2009. Wow! best. Airshow ala-ala LIMA di Langkawi, Malaysia. Kami tak pernah gi LIMA, kami agak2 je. hehehe.

Airshow adalah acara tahunan di Sunderland. Di buat disepanjang pantai yang cantik di Seaburn & Roker seafront. Ia diadakan selama 2 hari pada hari Sabtu & Ahad pada minggu terakhir bulan Julai. Ramai la orang datang menyaksikan airshow sampai berpiknik. Cuaca cantik pulak hari ni. Panas tapi udara sejuk dari laut. Bestnya.

Kami sampai lebih kurang jam 11 lebih. Ramainya orang. Rupanya pepagi lagi orang dah sampai untuk booking tempat lepak. Next year kena datang awal ni. Ada juga disediakan tempat park & ride. Parking kereta kat 1 tempat yang disediakan dan kemudian ada bas yang akan bawa ke pantai. Tapi kami bawa je kereta cari parking. Ok la juga dapat parking kt kawasan perumahan yang berhampiran.

Kami tak la dapat tengok dengan teliti apa yang dipamerkan. Ramai orang. Malas nak berbaris untuk masuk dalam jet pejuang/helikopter. Tengok dari luar je la. Ada juga simulator disediakan. Kalau nak rasa macam mana rasa naik jet pejuang bolehla. Tapi tak naik pun. Memang ramai pun.

Yang paling best adalah Airshow nye la. Team Red Arrow, Typhoon dll yang kami pun tak pasti namanya. Ada pertunjukkan payung terjun Falcons Parachute dll. Ada juga demo ketenteraan kat kawasan yang disediakan. Tapi tak larat nak tunggu. Tengok mana penting je. Disamping tu ada juga funfair. Ni bebudak memang suka. Sorry tak leh main. Tengok je.

Siapa yang baca blog ni hari ni. Masih berpeluang untuk pegi esok (Ahad).

Tengok je la gambar.




Irfan dalam helikopter



Poster & sticker Black cats




Tempat kami lepak


Airshow












Peralatan ketenteraan







Orang berpiknik

2 comments:

hnyhar said...

wow...bestnye akak gi tgk jet pejuang..

zarina said...

Cepatnya dah tengok. Akak tak habis upload gambar ni lagi.