Wednesday, July 29, 2009

Menu hari rajin

Hari ni mak rasa rajin sikit. Rajin ambik gambar masakan. Sibuk betul hari ni. Memasak & membuat 'lab work' Banyak kerja yang dilakukan. Sehingga bila dah malam ni rasa sakit kat lutut yang semakin kurang tu dah bertambah sakit la pulak. Sabar je la...

Sarapan - Fusili bucati




Lunch/Dinner - Asam Pedas




Minum petang - Chocolate, Strawberry & Cream Muffin

Muffin ni idea daripada Auntie Nani. Tapi Mak tak ikut resepi dari blog Auntie tu. Mak guna resepi yang ada Single Cream. Tapi Mak modify sikit. Resepi kat bawah gambar.



2 biji telur
1 sudu teh vanilla
300ml Single Cream
200 g gula
400 g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
200g strawberry (dipotong kecil2)
Chocolate ganache (ni lebihan dari topping kek birthday hari tu)


Ayak tepung dan campurkan garam
Campurkan telur, vanilla, single cream dan gula. Pukul hingga kembang.
Campurkan chocolate dan masukkan adunan ke dalam tepung tadi.
Gaul rata dan masukkan strawberry. Gaul rata.
Bakar dengan suhu 200 Celcius selama 20 minit.

Boleh dapat 32 ketul muffin saiz paper cup yang 1 3/4 inci tu.

1 comment: