Saturday, July 4, 2009

Edinburgh - Day 2

Selepas breakfast, terpaksala tunaikan permintaan anak2 dulu. Apa lagi gi swimming pool la. Dulu kt Msia, anak2 mak tak de swimware pun. Hentam je masuk swimming pool. Tapi sini kena pakai swimware. Terpaksa mak belikan swimware utk Iffah. Irfan pakai short je. Susah gak nak cari yang sopan sikit. Semuanya seksi la. tak sanggup tengok anak dara mak pakai seksi sangat. Cari2 dapat la juga yang sopan, siap dengan topinya sekali. Cam topi askar Jepun je.

Juga belikan pelampong yang pakai kt lengan tu untuk Irfan dan pelampong yang cam walker tu utk Iffah. Irfan lak dapat google. Izzah tengok je la. Tapi kat swimming pool tu Adlina kasi pinjam babynya swimware. So dptla Izzah pun merasa mandi kolam. Thanks Untie Adlina. Lifeguard kat situ tak kasi ambil gambar. Mak ambil gambar curi je.




Kak Ain tolong Irfan berenang. Dia masih tak reti guna pelampong tu.
Mak pun tak reti gak.




Lepas swimming, tengok show untuk kanak2. Ada magic dan lawak jenaka. Izzah tidur kepenatan.





Petang tu kami bawa anak2 main di playground dan kemudiannya ke pantai. Anak2 sibuk main lopak air di tepi laut tu. Berpasir & lumpur kaki masing-masing. Bapa2 lak ada yang gi main go-cart.




Kemudian kami jemput kawan-kawan minum petang di caravan kami. Anak2 pula gembira main kat luar. Buat macam kampung sendiri pulak.







Malam tu kami buat BBQ. Namanya malam tapi cuaca masih cerah. Masa ni dalam kul 9 lebih. Sibuk makan, so kurang la sikit gambar.






No comments: