Sunday, January 31, 2010

Chef tercinta

Lately, mak memang sibuk. Blog pun lama tak update. Ni semua pasal 1st year report yang masih tak settle lg. Tidur pun pukul 3 pg dan kekadang 6 pagi. Anak-anak semua ayah yang uruskan. Mak mengadap komputer je. Masih tak selesai lagi.

Makan pulak, nasib baik ada chef tercinta. Pandai la chef ni masak dan sedap la pulak. Masa kat Msia dulu, walaupun mak masih dalam pantang, tapi tetap mak juga la kena masak. Harap ayah masak maggi dan goreng telur, boleh la. Tapi lain pulak di sini. Pandai la pulak masak. Dah kahwin hampir 9 tahun baru ayah nak tunjuk skill memasak. Kalo tunjuk dulu... mesti dah lama kena masak.

Alhamdulillah dan terima kasih buat chef tercinta.....





Saturday, January 30, 2010

Snow 1 hari



Snow 1 hari je. Nipis je.


Friday, January 29, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Bombay biryani Shan




Mak masak nasi biryani Shan hari ni dengan menggunakan rempah Bombay biryani Shan

1) Goreng kentang & angkat
2) Goreng karot & bunga kobis & angkat




3) Tumis bawang besar
4) Masukkan rempah biryani




5) Masukkan ayam
6) Masukkan air & santan, Masak hingga mendidih




7) Masukkan beras yg telah direndam ke dalam periuk nasi
8) Lapiskan dengan ayam, kentang, karot, bunga kobis dan beras semula sehingga habis & masak.




9) Dah boleh makan tapi boleh tahan jugak pedas/panas nye..

Monday, January 25, 2010

Tok Salleh @ Durham

Tok Salleh, Opah Bedah dan Mama Siti datang ke Durham. Mama Siti konvo di Sheffield. Singgah Durham pada 16 - 17 Jan dan kemudian ke Spain. Balik dari Spain baru jalan-jalan di Durham & Newcastle. (23 -25 Jan 2010).

Day 1 (23 Jan)

Kami ambil Tok Salleh & family di Newcastle Airport dan terus jalan-jalan di Newcastle.

Solat di masjid di Newcastle

Gatehead Millineum Bridge

Angel of the North

Sembang-sembang Spain


Day 2 (24 Jan)

Durham Castle


Durham Cathederal


Solat di Prayer Room Durham


Dalton Park
Clarks

Malam, dinner di rumah Amiruddin. Lupa lak bawa kamera.


Day 3 (25 Jan)

Breakfast dengan Tok Salleh



Wharton Park

Durham railway station
Train dah sampai. Tok nak balik dah.

Ada rezeki, nanti Tok datang lagi.

Wednesday, January 20, 2010

Setelah setahun - sekolah

Ayah

Ayah dah hantar 1st year transfer report. Result tak tau lagi. Ayah hanya hantar literature & proposal je. Segala kerja-kerja/eksperimen masih belum di buat.




Mak

Mak masih buat report. Banyak dah buat eksperimen. Masalahnya pengetahuan masih kurang. Susahla nak kaitkan teori dengan eksperimen yang dibuat.




Irfan

Irfan dah Year 2. Bulan Sept nanti Irfan akan naik Year 3 dan tukar sekolah. Membaca buku English pun semakin baik. Membaca buku Melayu pun ok gak. Maths memang ok sejak dulu. Mengaji dah Iqra 4. Disamping sekolah Inggeris Bowburn, Irfan juga pergi ke sekolah Melayu Bowburn dan juga usrah anak-anak lelaki. Solat pun kekadang ikut ayah solat atau solat masa sekolah melayu. Cuma 1 yang mak tak berapa tahan adalah main games komputer. Hari2 main. Tak makan pun tak pe.




Iffah

InsyaAllah Iffah akan sekolah bulan April nanti. Harap-harap dapat la. Kalau sekolah, Iffah akan sekolah 3 jam sahaja. Boleh pilih samada nak sekolah pukul 9 -12 atau 12 - 3 ptg. Cakap pula, masih tak berapa jelas. Ada yang boleh difahami dan ada yang tidak. Tapi Iffah.. sesikit je asyik cakap 'NO' je




Izzah

InsyaAllah Izzah boleh sekolah bulan Sept tahun depan. Kalau sekolah nanti, Iffah dan Izzah akan 1 kelas. Confius la teacher nanti. Izzah panggil mak ni 'Mak'. Tetapi kadang2 dia panggil 'Mi'. Sebabnya ramai org sini panggil maknya Umi.


Tuesday, January 19, 2010

Setelah setahun - anak-anak

Muhammad Izz Irfan

Januari 2009......................................................... Januari 2010






Nur Izzati Iffah

Januari 2009......................................................... Januari 2010










Nur Izzah Izma

Januari 2009......................................................... Januari 2010