Wednesday, January 6, 2010

Sekolah 2010



Setelah 2 minggu bercuti, hari ni Irfan sekolah semula. Sekolah pada tahun 2010. Mak cakap kat Irfan, kalo kita kat Malaysia, Irfan masuk Tahun/Darjah 1 sekarang. Wah.. mak tak dapat bayangkan kami kena bangun awal-awal pagi sebab Irfan dah sekolah rendah. Rasanya pukul 7 dah kena pegi sekolah. Haa.. awalnya.

Pagi ni, budak-budak ni liat je nak bangun. Yer la dah sedap 2 minggu bangun lewat. Tambahan pula dengan cuaca yang masih gelap dan sejukkk. Malam tadi Irfan dah order pizza. Haaa... terpaksa la mak bangun pagi nak buat pizza. Mak pun rasa malas je sebab sejukkkk...

Hari ni balik sekolah, mak yang gi ambik Irfan. Konon-konon nak ambilla gambar Irfan kat sekolah dalam keadaan ber snow. Tapi Irfan pulak tertinggal topinya dalam kelas. Dia masuk semula ambil. Bila keluar, snow turun semakin lebat. Jadi kami balik je cepat-cepat. Tak sempat posing. Memang snow lebat betul petang tadi.

Irfan kata, teacher kata tak lama lagi birthday Irfan. Eh..eh.. pandai je teacher ni. Birthday Irfan bulan 2. Irfan dah order kek Ben 10 kat emak. Birthday nye nanti nak pakai baju Ben 10. Mak kata kalo mahu dengar & ikut cakap mak, nanti mak buatkan kek Ben 10. Ni sekarang nak kena gi cari Ben 10 tampal kt kek.

No comments: