Telah setahun kami berada di Durham. Mengimbau kembali kenangan setahun yang lalu. Persiapan kami ke UK hanya dilakukan sebulan sebelum kami bertolak. Berlaku pelbagai perkara yang men tension kan yang malas nak diceritakan. Yang pasti surat kelulusan cuti belajar kami perolehi pada 17 Disember 2008 dan kami menempah tiket pada 17 Jan 2009 untuk ke UK. Kenapa pilih 17 Januari ???? Sebabnya, hujung tahun, Pejabat Bendahari dah 'tutup kedai' closing account. Semua pembayaran tidak dapat dibuat. Hanya dibuka semula pada 15 Januari 2009. Sebab itu la kami pilih 17 Januari, dengan harapan kami akan dapat duit elaun sebelum kami 'fly'
Macam-macam nak dilakukan selama sebulan tu. Passport semuanya tak de. Isi ATAS form, buat visa, clearance income tax. Public holiday banyak pula hujung-hujung tahun ni. Bendahari closing account hujung tahun. Banyak perkara tergendala kerana cuti dan juga hujung tahun. Shopping winter coat, beli baju, seluar jeans, beli komputer, beli beg, beli kasut. Kemas rumah, kemas opis. Letihnya.....Kami ni tak ada pengalaman ke luarnegara bersama keluarga. Dulu masa bujang2 ada la. Tapi tu sekitar asia tenggara je. Banyak nak bawa. Nak bawa susu untuk 3 orang anak. Irfan 5 thn, Iffah 1thn 9bln dan Izzah 6bln.
No comments:
Post a Comment