Wednesday, January 20, 2010

Setelah setahun - sekolah

Ayah

Ayah dah hantar 1st year transfer report. Result tak tau lagi. Ayah hanya hantar literature & proposal je. Segala kerja-kerja/eksperimen masih belum di buat.




Mak

Mak masih buat report. Banyak dah buat eksperimen. Masalahnya pengetahuan masih kurang. Susahla nak kaitkan teori dengan eksperimen yang dibuat.




Irfan

Irfan dah Year 2. Bulan Sept nanti Irfan akan naik Year 3 dan tukar sekolah. Membaca buku English pun semakin baik. Membaca buku Melayu pun ok gak. Maths memang ok sejak dulu. Mengaji dah Iqra 4. Disamping sekolah Inggeris Bowburn, Irfan juga pergi ke sekolah Melayu Bowburn dan juga usrah anak-anak lelaki. Solat pun kekadang ikut ayah solat atau solat masa sekolah melayu. Cuma 1 yang mak tak berapa tahan adalah main games komputer. Hari2 main. Tak makan pun tak pe.




Iffah

InsyaAllah Iffah akan sekolah bulan April nanti. Harap-harap dapat la. Kalau sekolah, Iffah akan sekolah 3 jam sahaja. Boleh pilih samada nak sekolah pukul 9 -12 atau 12 - 3 ptg. Cakap pula, masih tak berapa jelas. Ada yang boleh difahami dan ada yang tidak. Tapi Iffah.. sesikit je asyik cakap 'NO' je




Izzah

InsyaAllah Izzah boleh sekolah bulan Sept tahun depan. Kalau sekolah nanti, Iffah dan Izzah akan 1 kelas. Confius la teacher nanti. Izzah panggil mak ni 'Mak'. Tetapi kadang2 dia panggil 'Mi'. Sebabnya ramai org sini panggil maknya Umi.


No comments: