Thursday, December 31, 2009

Wednesday, December 30, 2009

Rombongan Glasgow

Rombongan rakan-rakan dari Glasgow datang. Bestnya. Anis, Siti, Masrul, Yati dan keluarga mereka. Jangan serik. Datangla lagi. Tak sempat nak melawat Durham town.





Mereka pulang ke Glasgow malam tu juga kecuali Siti kerana keretanya rosak. Jadi Siti pun bermalam di rumah kami. Esok boleh kita gi jalan-jalan.





Ingatkan boleh la jalan-jalan Durham, tapi mereka terpaksa balik juga. Kereta mereka dibawa oleh tow lori dan mereka juga naik lori. Driver lori keje half day je & nak bergerak pagi tu juga. Jadi terpaksalah Siti & family balik. Tak pe nanti boleh datang lagi. Kita gi jalan-jalan.




Saturday, December 26, 2009

Boxing Day

Ni boxing day yang pertama kepada kami. Tak la rasa excited sgt sbb tak de pun yg berhajat sgt nak beli. Setakat ni semuanya cukup. Tapi kalo ada yg murah2 & berkenan boleh la juga.

Kami ke Dalton Park je. Setelah meninjau-ninjau akhirnya kami beli popcorn & coklat Cadbury je. Tiada yg menarik. Yang menarik lak harga nya mahal + tak de sale pun. So sama je la.




Friday, December 25, 2009

Thursday, December 24, 2009

Buat snowman & main sledge













Cucur snowball & nasi goreng spring green

Diluar salji turun mencurah-curah. Di dalam rumah, mak masih lagi fikir nak masak apa untuk breakfast. Apa kata masak sesuatu yang berkaitan dengan snow. Maka inilah menu pagi ini.

Resepi cucur snowball

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/2 cawan yogurt
air secukupnya (lebih kurang 1.5 cawan)
gula halus/icing

- campur semuanya kecuali gula halus (tesktrurnya seperti buat cucur udang)

- goreng bulat-bulat
- taburkan gula halus



Kemudian mak masak nasi goreng spring green. Spring green nama sejenis sayur. Bentuknya seakan-akan kailan tapi ianya sangat sedap dan tidak pahit. Mak campurkan dalam nasi goreng.



Dah 2 menu breakfast mak masak. Tapi cam biasa anak bujang mak ni kata dia tak mau makan. Dia nak makan roti dengan coklat je. Dah masak macam-macam tak mau jugak makan. Kasi makan snow baru tau......

Wednesday, December 23, 2009

Monday, December 21, 2009

Snowy at school

Snow ni asyik posing je. Sempat le posing2 di school sekejap. Tak tahan berada di luar. Sejukkkk.