Tuesday, August 31, 2010

Ke sembilan

 

Ulangtahun ke 9, perkahwinan kami.  Semoga kasih sayang berpanjangan.

P1130248

P1130257

Monday, August 30, 2010

Sepetang di sawah barli di kampung Bowburn

 

DSC_4679 DSC_4677

Dua orang budak baru bangun tidur

 

DSC_4691

Main kejar-kejar

 

DSC_4700 DSC_4699 DSC_4702

Main rumput barli

 

DSC_4707 DSC_4674

Jom balik

 

DSC_4664 DSC_4669

Bawa balik satu

Sunday, August 29, 2010

Jejak Rasul

 

JR1

Saksikanlah rancangan Jejak Rasul 16 : Episode 19 dan Episode 20

ZJR2 ZJR3

Bandar Durham dan landlord kami (Episode 20)

 

Sebutan betul untuk Durham ialah ‘Daremm’

Friday, August 27, 2010

Glamor kejap

Gambar terbaru kami dah keluar dalam surat khabar Utusan Malaysia 24 Ogos 2010. Glamor le kejap. Dulu kat Msia tak pernah gambar keluar surat khabar. hihi.....

Boleh le tengok sini....

http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=1827

Kad raya tak hantar lg la pulak....

Thursday, August 26, 2010

Murtabak Banjar / Pisang (versi puasa)



Ni kali ke 2 mak buat murtabak Banjar ni. Tapi kali ni mak ubah sikit bancuhan doh dan cara buat doh nye. Rasanya cam lg baik berbanding dengan yang dulu. Yang dulu mak dah uli waktu malam dan masak esok paginya. Ni sebab puasa, mak hanya uli lepas balik dari school lebih kurang pukul 5 dan untuk juadah berbuka jam 8.30. Dapat rehatkan doh tu 2 jam dah ok rasanya.

Tapi mak tak sempat nak ambil gambar doh. Memang lebih cantik dan lembut dari yang dulu. Mak ni memang tak larat nak menguli. Jadi Cik Kenwood la yang tolong. Cik Kenwood ni kena pandai gak menggunakannya, kalo tak pandai, rugi je beli.

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum (plain flour)
1 biji telur
1 sudu sunflower spread (apa-apa majerin la)
secubit garam
0.5 cawan air sejuk (kalo kurang, pandai2 la tambah)

-Masukkan tepung dalam bowl Cik Kenwood.
-Gunakan K-beater dan guna speed 1.
-Masukkan 1 sudu majerin dan guna speed 3 (laju) selama 1 minit
-Tukar ke beater J-hook, yang bentuk cangkuk tu dan guna speed 1
-Sudukan campuran garam dan air sejuk.
-Uli hingga jadi doh yg tak melekat pada bowl.
-Bulatkan doh sebesar bola pingpong dan letak dalam bekas yang beisi sedikit minyak.
-Rehatkan selama 2 jam.

Seterusnya boleh tengok di :

http://zarinabz.blogspot.com/2009/12/murtabak-banjar-murtabak-pisang.html

Sukatan ni boleh menghasilkan kira-kira 14 keping murtabak. Boleh la sedekah sekampung.

Monday, August 23, 2010

Ikan cod masak masam manis



4 ketul frozen batter cod fish (di grill)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cili boh
1 sudu besar sos ikan
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 batang karot (potong pajang-panjang)
1 cawan nenas kuib + airnye sekali
Daun sup
Gula
Garam
1 sudu minyak zaitun

- grill ikan
-Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun
-Tumiskan bawang putih
-Masukkan karot, semua sos,cili, nenas, gula dan garam
-Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan biar hingga mendidih semula
-Tuang atas ikan yang dah di grill. Tabur daun sup.

Sunday, August 22, 2010

Iftar Bowburn

Majlis iftar masyarakat Islam Bowburn dan kawasan sekitarnya.



Friday, August 20, 2010

Cara manis

Ni nak kasi resepi buat Kuih Cara Manis. Sebenarnya mak agak2 je. Tapi boleh la nak try.

2 cawan tepung gandum (plain flour)
1.5 cawan air
1 biji telur
1 tin kecik santan chaokoh (165ml) - pakai santan fresh lg sedap.
1 sudu mentega
secubit garam
Pati pandan ( ambil air dari sukatan di atas) - tapi mak guna pati pandan & pandan paste je.
Gula

Caranya:

-Blender semua bahan. Kalo cair sgt, tambah la sikit tepung lg. Kalo pekat sgt, campur la air.
-Panaskan acuan atas dapur sapu sedikit minyak. Biar sampai panas.
-Tuangkan ke dalam acuan dan tutup acuan dengan tutup periuk or apa2 je la selama 30 saat. (tak la tengok jam, agak-agak je). Ini supaya bahagian luar kuih tu masak sikit.
-Kemudian sudukan gula. (Lihat gambar di bawah).



- tutup semula acuan dan biar hingga masak. Angkat dan ulangi semula proses dari bubuh minyak.
- hasilnya dapat la kira-kira 24 pasang kuih cara. Sebab puasa, dapat la kira hasilnya. Kalo tak mesti sambil masak sambil makan.


Golden Syrup Chicken

Serbuk kunyit + garam + golden syrup + olive oil
Perap 1 jam dan bakar.


Apam versi malas



2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula
200 ml santan
Esen Ros
2 biji telur
secubit garam
1 sudu ovallette

Masuk semua bahan dalam mixer. Low speed 1 minit, kemudian high speed sampai adunan berwarna putih.
Bahagi 2. 1 bhg letak pewarna merah.
Masuk bekas selang seli dengan yang warna putih
kukus 30 - 40 minit hingga masak.



Thursday, August 19, 2010

Nasi lebanon & ayam sharwarma versi Mak



Irfan nak makan masakan lebanon ala Restoran Al-Basha kat Newcastle. Malasla pulak nak ke Newcastle semata-mata nak makan nasi tu. Tak pe. Mak cuba masak.

Dah makan, Irfan kata sedap. Ok la tu. Cuba bagi mak tak berapa menjadi dari segi warnanya dan rasa ade kurengg sikit. Tak pe nanti mak cuba lagi. Siapa nak cuba bole la. Resepi ni mak masak hari Ahad lepas. Ni baru sempat taip.



Nasi

3 pot/cawan nasi (basuh dan toskan)
3 sudu mentega @ olive oil ( mak pakai mentega)
1.5 cawan bihun kering (potong dlm anggaran 1 inci)
garam

1. Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan bihun
2. Goreng bihun tu sampai tukar warna ke coklatan. (mak hari tu goreng kejap je, tu yg tak jadi). Bihun tu akan agak melekat tapi tak pe.
3. Masukkan beras dan kacau sampai beras juga agak kecoklatan warnanya.
4. Masukkan dalam rice cooker dan masukkan air dan garam secukupnya.


Ayam

1 ekor ayam kecil
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
2 sudu yogurt
2 cawan air limau nipis/lemon
garam
setgh sudu teh serbuk jintan manis
setgh sudu teh serbuk ketumbar
suku sudu teh jintan putih.

1. Kunyit dan bawang putih di tumbuk
2. Campurkan semua bahan pada ayam dan perap 1 jam
3. Bakar suhu 200'C hingga masak.


Kacang - Rebus sampai masak dgn air yg sedikit
Sos - pakai sos Mea Ploy je.

Sunday, August 15, 2010

Carboot baru - Brasside

Ada carboot baru di Brasside Durham. Bayaran masuk 70 pence. Baru 3 minggu dibuka. Orang kata 2 minggu lepas ramai buyer & seller. Rupanya 2 minggu lepas, masuk free untuk buyer & seller. Patutla ramai. Minggu ni dah kurang sikit sebab masuk kena bayar. Alamat ke sini... search Brasside. Sampai sana nanti ada la sign board ke car boot tu.

Zaman Viking

Kami ke zaman Viking













Thursday, August 12, 2010

Aktiviti anak-anak Melayu Bowburn

 

Di adakan aktiviti waktu petang untuk anak-anak Melayu di Bowburn.  Ini bagi mengisi masa cuti sekolah kali ini.  Diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 6 – 8 ptg.  Mempelajari pelbagai ilmu dan membuat pelbagai aktiviti.  Masa yang ditunggu oleh anak-anak pada setiap petang.

P1130112 P1130121

P1130115 P1130117

P1130120 P1130119

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan

 

Salam Ramadan

Kali ini merupakan kali ke 2 kami berpuasa di bumi UK.  Puasa tahun ini lebih panjang dari tahun lepas.  Hari pertama kami berpuasa dari jam 2.44 pagi hingga 8.48 malam. 

Semoga kami sekeluarga sihat, dimurahkan rezeki dan dapat beramal ibadat pada Ramadan kali ini.

Alhamdulillah Irfan dapat berpuasa.  Walaupun dari jam 8.30 pagi hingga 8.48 malam.  Harap-harap dapat la dia berpuasa sebulan.

DSC_4548

Sunday, August 8, 2010

Hari keluarga Durham

 

Bertempat di Hamsterley Forest.

DSC_4535 DSC_4538

P1130095  P1130107

 DSC_4544  P1130086

P1130091 P1130098

P1130089 P1130085