Thursday, August 26, 2010

Murtabak Banjar / Pisang (versi puasa)



Ni kali ke 2 mak buat murtabak Banjar ni. Tapi kali ni mak ubah sikit bancuhan doh dan cara buat doh nye. Rasanya cam lg baik berbanding dengan yang dulu. Yang dulu mak dah uli waktu malam dan masak esok paginya. Ni sebab puasa, mak hanya uli lepas balik dari school lebih kurang pukul 5 dan untuk juadah berbuka jam 8.30. Dapat rehatkan doh tu 2 jam dah ok rasanya.

Tapi mak tak sempat nak ambil gambar doh. Memang lebih cantik dan lembut dari yang dulu. Mak ni memang tak larat nak menguli. Jadi Cik Kenwood la yang tolong. Cik Kenwood ni kena pandai gak menggunakannya, kalo tak pandai, rugi je beli.

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum (plain flour)
1 biji telur
1 sudu sunflower spread (apa-apa majerin la)
secubit garam
0.5 cawan air sejuk (kalo kurang, pandai2 la tambah)

-Masukkan tepung dalam bowl Cik Kenwood.
-Gunakan K-beater dan guna speed 1.
-Masukkan 1 sudu majerin dan guna speed 3 (laju) selama 1 minit
-Tukar ke beater J-hook, yang bentuk cangkuk tu dan guna speed 1
-Sudukan campuran garam dan air sejuk.
-Uli hingga jadi doh yg tak melekat pada bowl.
-Bulatkan doh sebesar bola pingpong dan letak dalam bekas yang beisi sedikit minyak.
-Rehatkan selama 2 jam.

Seterusnya boleh tengok di :

http://zarinabz.blogspot.com/2009/12/murtabak-banjar-murtabak-pisang.html

Sukatan ni boleh menghasilkan kira-kira 14 keping murtabak. Boleh la sedekah sekampung.

No comments: