Sunday, June 20, 2010

Siang terpanjang

Sekarang ni merupakan waktu siang terpanjang pada tahun ni. Musim panas sekarang ni. Waktu subuh masuk pukul 2.19 pagi dan Maghrib 9.48. Kalau berpuasa sekarang ni adalah kira-kira 19 jam 29 minit.

Siang yang panjang memudahkan aktiviti nak berjalan-jalan. Tapi kami tak de rancangan ke mana-mana. Cuma mak yang akan menghadiri conference di Paris selama 1 minggu. bermula Isnin nanti (esok). Diharap semua berjalan dengan lancar. Selamat pergi, berada di sana dan selamat kembali. Juga semoga selamat dan sihat sejahtera anak-anak dan suami yang ditinggalkan. Inilah kali pertama berenggang dengan Izzah sejak dilahirkan. Semoga dipermudahkan.




No comments: