Hari ni berlaku mogok di Paris. RER line A & B di tutup. Stesen berhampiran dgn hotel adalah line B. Ngapa la mogok hari ni pulak. Mogok la minggu depan. Dari hotel kami terpaksa ke RER line C. Rasanya dekat 20 minit jugala. Cadangnya nak naik bas tapi tak jumpa pulak bus stop yg ke tempat conference. Penat nya berjalan dalam kepanasan.
Malam ni pula ada dinner conference. Kawan-kawan mak pakat nak gi jalan kaki je. Jauh jugala. Tapi kata diorg nak ke next RER pun jauh gak & jalan kaki ke tempat dinner pun lebih kurang je. Jadi jalan kakila. Jalan kaki kalo tak sesat memangla dekat. Kalo dah sesat barat, 45 minit baru sampai tempat dinner. Nak tercabut rasa kepala lulut ni mengejar budak-budak ni. Budak2 ni dah la muda remaja, tinggi2 pulak tu. 1 langkah diorg sama dengan 2 langkah mak. jenuh mengejar.
Ikutkan hati memang malas nak pergi dinner. Tapi disebabkan nak melihat bagaimana budaya mereka. Pergi je la. Sebelum tu mak dah telan tortilla siap2. Kut-kut tak de yang boleh dimakan, kebulur la pulak.
Dinner diadakan di atas restoran di atas kapal. Dinner bermula jam 8 malam. Dari jam 8 – 9.30 mlm, aktiviti minum wine,champagne. mak minum orange juice. sejam setengah minum & borak-borak, bina networking. Kami ni kepenatan & lapar. 9.30 baru masuk kapal. Diorg kasi wine lagi sorang semeja. Tak lama sampai starter. Lepas starter, main course kasi lamb sorang sepaha. Mak tak de la makan. Dah tentu tak halal. Mak makan roti dan minum air kosong je sambil tengok orang makan. Masa tu teringat Maggi kat bilik. Balik ni nak telan maggi la.
Lepas diorang semua habis makan. tetiba waitress tu datang kasi makanan utk mak. Grill fish & sayur. Harap-harap tak de la apa-apa yg tak halal. Baca Bismillah, makan je la. Mak tengok dia bawa 3 pinggan je. Maknanya utk 3 org je. Yg mak tahu sorang committee tu Muslim sebab pakai tudung dan rasanya ada sorang lagi lelaki Muslim. Nasib baik la. lepas makan diorang buat aktiviti manari. kami pun balik la. mak cadang nak naik teksi je tapi diorg nak jalan juga. Nak naik teksi sorang2 takut la pulak. dah la malam. Jadi terpaksa la berjalan juga. Campur sesat barat, 1 jam juga la baru sampai hotel. Sampai hotel terus baring & tidur. Pukul 2.45 pagi baru tersedar. Solat Isyak dan solat subuh yang masuk jam 3.15. Kemudian sambung tidur. Penatnye….
No comments:
Post a Comment