Hari ni conference bermula. Kami naik RER ke tempat conference. Wow ada train 2 tingkat. Kat UK tak de rasanya. Tapi trainnye tak la ‘gah’ sangat. Train stesen tak berapa bersih + bau hancing di tangga stesen train. Mak rasa train/komuter/LRT kat Msia tu 10 kali lebih bersih.
Hari ni sesi tutorial je. Tutorial ni kira macam ceramah la. Sesi satu memang best dan amat berkaitan dengan kerja-kerja mak. Sesi ke 2, mak rasa boring sikit sebab kurang berkaitan + banyak formula matematik. Sesi ke 3, kami tak pergi sebab dah penat sangat dan juga tak berkaitan.
Seterusnya kami ke Eiffel Tower. Banyaknye manusia. Banyak juga yang mempromosi untuk beli souviner. Menakutkan juga. Mak ni bukannya boleh tengok orang ramai-ramai. Mulala rasa semacam je. Kami tak naik pun sebab ramainya orang berbaris. Eiffel tower ni waktu siang sungguh la tak cantik. nampak macam besi buruk je. Tambahan pula ada kerja-kerja membaikpulih di kawasan bawah tu. Kami berjalan-jalan dipersekitaran dan seterusnya cari tempat makan. Hari ni mak makan ‘lasagna salmon’ yang sungguh cheessy. Mula-mula makan ok, lama2 naik muak la.
Kemudian kami ke Arc de Triomphe. Ini adalah monument peringatan perang. Ukiran patung-patung termasuk ada yang tak sesuai utk pandangan kanak-kanak. Kami tak la berjalan sepanjang Champs Elysees Avenue. Deretan kedai brg luxury dan restoran-restoran. Kami balik ke hotel je selepas tu.
2 comments:
akak, semua org kata paris cantik, tapi pada saya memang paris kotor, mcm train hancing penuh sampah tu mmg betul, pastu diorang boleh bawak anjing masuk train/bus (bukan guide dog)
salam ..
hi org durham...!
apa khabar? wah...berconference sampai ke parisss!!..bestnya.
oh ya..next week mak ke melaka,present paper kat conference 4th ISBC kat equatorial.
UTEM dan university lancaster yang organise.hikssss...ramai sungguh org utem dan UTM present paper. aku datang sorang2 je..teringat masa APACE kat renaissance melaka dgn ko dulu..dinner and tetiba aku gatal2 tuh...hihihi.kalau tak ni, harus lah nak jumpa ko kan..apo nak buek, ko dah jauh di durham sanaaa..
sampaikan salama utk family semua..
:).
oh dah besar2 anak ko kan.
:)
Post a Comment