Monday, June 7, 2010

Rawatan pergigian di UK

Kali pertama mak mendapatkan rawatan pergigian di UK. Rawatan agak mahal (bila ditukar currency) berbanding di Malaysia. Tapi kos rawatan adalah di tetapkan mengikat kadar yang ditetapkan oleh NHS. Tapi budak-budak bawah 18 tahun, pregnant & ibu kepada bayi umur bawah 1 tahun adalah percuma.

Menurutkan rakan di sini, perlu buat appointment dahulu. Biasanya 2 -3 minggu. Lamanya.... Tapi kalau nak cepat kena kata emergency dan gigi sakit. Hahaha... ok gak tu.

Klinik gigi yang berhampiran adalah di Coxhoe. Tapi atas cadang Lufti, mak bercadang nak pergi klinik di Ferryhill. Kliniknye besar, ada ramai doktor dan ada banyak cawangan.

Mak telefon pukul 10 pagi untuk buat appointment dan kata emergency sebab gigi sakit. Bukannya sakit tapi sebenarnya tampalan gigi hadapan dah pecah. Dah rongak. Dia kata kalau emergency kena call pukul 8 pagi. Esoknya mak call dan dapatla appointment pada hari tersebut juga jam 12.30 tghari.

Dentist yang merawat adalah India yang nampak baik & smart orangnya. Irfan pun masuk juga tengok mak tampal gigi. Dentist tu kata dia hanya boleh tampal gigi mak yang emergency sakit tu je sebab ini kes emergency. Ingat boleh la tampal sikit yang kat belakang tu. hihi. Tak boleh. Dia cadangkan mak buat appointment lain utk check gigi secara keseluruhannya. Kos tampalan gigi emergency pada hari tersebut adalah £16.50. Tapi biasanya tampalan kena £45.60. Tapi rupanya kes emergency £16.50. Lain kali kena cakap emergency la. hihi.....

Mak buat appointment untuk check gigi. Dapat tarikh minggu depannya. Ok gak... cepat juga... Kali ni dentistnya orang Inggeris yang kuat gak telo nye. Tak berapa faham dia cakap. Macam lidah pendek. Kurang jelas apa kata-katanya. Yang mak faham dia kata gigi mak ok cuma dari segi kebersihan je kurang. Dia tanya berapa kali gosok gigi. Mak jawab 2 kali sekali. (Kekadang 1 kali je, hihi). Berapa lama gosok gigi? Haa... tak pernah la pulak timing. Tapi sekejap je la. Dia kata gosok gigi kena paling kurang 4 minit. Lamanya.... dia suruh timing 4 minit. Dia tanya ada guna mouth wash & dental floss tak? Mak kata tak pernah? Dia suruh guna dan dia cadangkan guna brand Listerine. Ok la... lepas ni kena cuba.....


Depan klinik

Tempat main budak

2 comments:

anon suria said...

kak..bukan ker student free untuk dental? dah check n tanya diorang?

zarina said...

Bawah 18 tahun free la. Pregnant pun free.