Monday, March 29, 2010

North Wales – Day 4

Hari kami check out dari caravan.  Pukul 10 dah kena keluar.  Hujan pulak tu.  Cadangnya nak main kat outdoor play area.  Cancel la…

On the way balik, kami singgah di Caernarfon Castle (LL55 2AY) untuk ambil gambar je.  Hujan lebat + budak-budak pun ramai yang tidur.  Jadi kejap je la.

 

 

DSC_1417DSC_1410DSC_1415 DSC_1406

 DSC_1418 DSC_1405 DSC_1422

Kemudian kami ke Pulau Anglesey dan singgah di stesen keretapi yang mempunyai nama terpanjang di dunia iaitu Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (LL61 5UJ).  Ambil gambar je.

DSC_1427 DSC_1429 DSC_1432

Kami terpisah sebentar dengan kawan-kawan.  Kami menaiki Menai Bridge.  Bridge ni merupakan jambatan pertama yang di bina bagi menghubungkan Pulau Anglesey dan mainland.  Dulu diorang naik bot je.  Banyak tempat menarik di Anglesey ni.  Tapi tak sempat nak pergi semua.  Masa dan cuaca tidak mengizinkan + ada juga tempat menarik yang masih belum dibuka untuk di lawati.  Apa lagi ada di Anglesey, boleh tengok di sini http://www.anglesey-history.co.uk/.

DSC_1433DSC_1438  DSC_1434

Destinasi terakhir sebelum pulang ialah di Llandudno.  Cadangnya nak makan-makan ditepi pantai tapi hujan lebat.  Jadi kami makan dalam kereta je di tepi pantai.  Kemudian ke Great Orme Tramway (LL30 1AZ) untuk menaiki tram ke puncak bukit.  Orang kata pemandangan sangat cantik.  dapat tengok bukit dan laut.  Tapi oleh kerana kabus tebal,  kami tak la nampak semua tu dengan jelas.  Cam kena pegi lagi je.

DSC_1439DSC_1512 DSC_1510DSC_1491 DSC_1443DSC_1496 DSC_1476DSC_1484 DSC_1478 

Kami tiba ke rumah jam 10.15 malam.  Seronok, penat, semuanya ada.  Tapi memang tak puas rasanya 4 hari 3 malam di North Wales (Snowdonia, Anglesey dll).  Nak gi lagi..!!!

DSC_1720

No comments: