Friday, March 5, 2010

Simposium Rasor (lab-on-a-chip) 2010




I dan rakan research group menghadiri simposium di Glasgow U. Kami bertolak jam 6 pagi menaiki kereta Kia Carnival yang disewa dan dipandu oleh supervisor ku. Cuaca baik saja cuma frost je. Pemandangan cantik dan keputihan dek keputihan frost. Ada juga kawasan bukit yang masih mempunyai sia-sia salji.



Sampai di Glasgow lebih kurang jam 9 pagi. Selepas menampal poster dan minum maka simposium ni pun bermula. I pakai tudung putih dan blazer. Macam budak sekolah nak masuk pertandingan bahas/pidato je. Tak kisah la. Mana-mana pun boleh.



Simposium ni lebih ke arah biomedical. Yang sebenarnya I tak de la berapa faham detail apa yang diorang ceritakan tu. Tapi bila tang applikasi tu faham la juga. Tapi dewan tu memang cantik. Ala-ala gereja je bentuknya atau memang gereja pun dulu. Pada tiangnya pula ada logo macam logo pengakap je. Dewan pintu masuk dewan tu pulak ada muzium. Admission free tapi tak sempat nak melawat.








Tapi apa yang paling penting dapat diperolehi lawatan pertama kali ke Glasgow ni adalah dapat berjumpa dengan kawan-kawan sepejuangan. Sempat pula mencuri-curi masa menghadiri kelas SV diorang. Sempat la lunch bersama-sama. Sempat belajar/bertanya apa yang tak faham tentang transistor. Cuma yang tak sempat nak posing-posing banyak-banyak. Takut tertinggal la pulak. Terima kasih Anis & Niza yang meluangkan masa melayan Akak. Memang tak puas sebab jumpa kejap je. Nanti Akak datang lagi





Kami balik jam 5 petang dan sampai Durham jam 8 malam.

No comments: