Hari ni jam di UK di tambah satu jam ke depan. Malam tadi ingat tapi malas nak adjust jam lagi. Pagi ni lupa lak. Plan nye nak ke beach & kemudian ke swimming pool. Nasib baik ayah jumpa kawan-kawan. Orang semua dah ke pool. So cancel la nak ke beach.
Lepas mandi-manda, kami ke Llechwedd Slate Caverns (LL41 3NB). Ni lombong slate. Slate ni boleh buat macam-macam. Boleh buat atap, dinding, lantai dll. Nak tau lebih lanjut boleh tengok di http://www.llechwedd-slate-caverns.co.uk/index.html. Tak pernah masuk lombong. Jadi masukla…
Kemudian kami ke Port Meirion village. Ni tempat asal pinggan mangkuk brand Port Meirion. Kami posing2 je.
Sebelum balik ke caravan, kami singgah jap di pantai. Pantai ni dipanggil Black Rock Beach sebab ada batu hitam. Sejuk & angin kuat. Iffah & Izzah pulak tidur. Jadi Irfan je yang keluar posing.
Balik tu, Irfan & Iffah main bubble. Izzah tengok je kat tingkap. Sejukkk…
Makan malam ni pula di caravan kami.
No comments:
Post a Comment