Kami tak de plan ke mana-mana pun hari ni. Cuaca kat luar mendung je. Menu untuk breakfast dan lunch ialah nasi lemak.
Menu untuk minum petang adalah puding jagung. Mak memang suka makan puding jagung tapi mak memang malas nak buat sebab malas nak kacau. Tapi sebab teringin buat la juga.
Resepi puding jagung kalo sesapa nak cuba.
1 tin jagung krim (kat Tesco/Asda/Sainsbury/Aldi/Netto/Lidl tak de, kat kedai WingHong ada)
1 tin santan (mak guna brand choakoh - beli kat WingHong juga)
1 tin gula - beli kat Tesco
1 tin tepung kastad - beli kat Tesco jenama Bird Custard
1 sudu besar tepung jagung - beli kat Tesco
4 tin air
(Gunakan tin bekas sukatan jagung tadi)
Caranya
-Campur je semua dan masak
-Sentiasa kacau (bab ni yang mak paling malas. Mak sub-con ayah untuk kacaukan)
-Setelah pekat,likat dan berkilau, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dan boleh la di makan
Tapi tadi dah makan sebelum sejuk betul-betul lagi. Dah tak sabar dah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
amboi kak siap tulis kat mana beli bahan. tulis siap2 nanti senang kalo yg nak tanya ek.
Post a Comment