Sunday, November 29, 2009

Hari ni hujan. Peristiwa hari ini :

1) Mak Tok balik Malaysia
2) Kak Wan & Abg Zul pindah ke Sheffield
3) Stephen datang ambil duit sewa rumah
4) Majid sekeluarga datang beraya
5) Jiran-jiran datang beraya






Saturday, November 28, 2009

Sambutan Aildiladha Durham_my & Aqiqah putera Hilmi

Tarikh : 28 November 2009
Tempat : Fisher House Cafe, Ustinov College.
Masa : 2 ptg - 7 mlm


Takbir raya


Ucapan Abg Zul yang akan berpindah ke Sheffield


Makan


Meriah


Ceria


Ibu-ibu & anak-anak


Santai


Kakak & Adik


Iffah & auntie-auntie


Nasyid kelas Irfan


Pertandingan mewarna


Pertandingan mengutip gula-gula


Tempat pertama pertandingan mengutip gula-gula


Hadiah Izzah


Bapa bertuah


Hadiah-hadiah

Friday, November 27, 2009

Aidiladha - hari pertama (petang)

Banyak pulak aktiviti raya pertama ni sampai kena bahagi 2 bahagian. Acara sebelah petang pulak adalah acara yang tak dirancang. Lepas solat raya & makan, posing-posing, masing-masing tak tau nak buat ape. Nak beraya ke rumah kawan-kawan, tak de pulak yang menjemput. Lagi pun masih ramai lagi yang masih berada di majlis DUIS tu.

Tak tau la siapa punya cadangan tapi geng-geng bapa-bapa yang tetiba mengajak ke Newcastle untuk makan di restoran Turki. Kami tak pernah pergi lagi, so boleh je la walaupun kami tidak membawa Garmin. Redah je la.

Jenuh juga mencari parking. Maklumla hari Jumaat, hari orang kerja. .Kalau Sabtu /Ahad rasanya ok la sikit. Akhirnya dapat la juga tempat parking setelah mak turun kereta dan check kereta mana yang dah nak habis waktu parking nye. So kami tunggu kat situ je la.

Restoran tu namanya Get Stuffed Culture Cafe dan beralamat 10 St Mary's Place, Haymarket, NE1 7PG, Newcastle. Kami ambil tempat makan di tingkat atas sekali. Makan bersila. Dan kemudian kami buat macam rumah sendiri lak. Solat pun kat situ.

Lepas makan aktiviti posing-posing Raya di Newcastle.




Keluarga Afandi & Ayu


Keluarga Rahimie & Marlina


Keluarga Fauzi & Adlina


Keluarga Zulkifli & Wan kamariah


Keluarga Ustaz Jailani & Shidah


Keluarga Nasoruddin & Zarina


Friday special (Lamb & nasi)







Aidiladha 2009 - hari pertama (pagi)

Pagi-pagi lagi mak dah bangun. Juadah raya dah siap masak malam tadi. Hanya buat nasi impit dan kuah kacang. Pagi ni hanya panaskan kuah kacang je. Kemudian ayah membantu mak membuat cekodok pisang untuk di bawa ke Majlis Raya serta solat Raya anjuran DUIS.



Bangunkan anak-anak dan siapkan diorang. Kelam kabut juga dibuatkan. Masing-masing rasa liat je nak mandi pepagi2 ni. Sejukkkkk.... Dah lambat ni. Dah siap keluar rumah, tengok cermin kereta pulak ber frost. Jadi kena la tunggu jap untuk upacara menghilangkan frost.




Masuk kereta, Iffah akan baca buka peta



Mak tok, Mujaddid, Iffah, Izzah & Mak


Kak Wan, Nik Na, Harith & Amni


Mak Zah, Nira, Syahmi, Iffah, Izzah & Aisyah


Mak Tok, Nani, Iffah, Iffah , Izzah & Izzah



Persembahan nasyid anak-anak Sekolah Melayu Bowburn